Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1697513211:17
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_oembed_46511d29c75e341aba1d9591f0977807] => Array
        (
            [0] => 
Pemilik tanah Kg Sg Baru dikejutkan dengan notis pengusiran, kena keluar selewat-lewatnya 19 Okt
) [_oembed_time_46511d29c75e341aba1d9591f0977807] => Array ( [0] => 1697358496 ) [post_views_count] => Array ( [0] => 713 ) [_edit_last] => Array ( [0] => 17 ) [_post_language] => Array ( [0] => ) [_molongui_author] => Array ( [0] => guest-99954 ) [_molongui_main_author] => Array ( [0] => guest-99954 ) [_yoast_wpseo_primary_category] => Array ( [0] => 612 ) [_yoast_wpseo_content_score] => Array ( [0] => 30 ) [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array ( [0] => 4 ) [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array ( [0] => ) [_thumbnail_id] => Array ( [0] => 124918 ) [td_post_theme_settings] => Array ( [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:210:"Jika ada perintah pembangunan atau kelulusan bangunan atau rumah sedia ada terbina di atas tanah tersebut maka pengambilan tanah hanya boleh dibuat atas sebab membangunkan ultiliti awam, bukan untuk tujuan lain";} ) [_yoast_wpseo_focuskw] => Array ( [0] => Kampung Sungai Baru ) [_yoast_wpseo_metadesc] => Array ( [0] => Jika ada perintah pembangunan atau kelulusan bangunan atau rumah sedia ada terbina di atas tanah tersebut maka pengambilan tanah hanya boleh dibuat atas sebab membangunkan ultiliti awam, bukan untuk tujuan lain ) [_yoast_wpseo_linkdex] => Array ( [0] => 55 ) [post_views_count_7_day_arr] => Array ( [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1751041171";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:16;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}} ) [post_view_7days_last_day] => Array ( [0] => 4 ) [post_views_count_7_day_last_date] => Array ( [0] => 1751041171 ) [post_views_count_7_day_total] => Array ( [0] => 1 ) [post_views_last_24_hours] => Array ( [0] => 1 ) [post_views_last_48_hours] => Array ( [0] => 1 ) [footnotes] => Array ( [0] => ) )
Pengambilan tanah bukan untuk pembinaan utiliti awam, jadi notis keluar pemilik tanah Kg Sg Baru tak terpakai – Peguam | Scoop

Pengambilan tanah bukan untuk pembinaan utiliti awam, jadi notis keluar pemilik tanah Kg Sg Baru tak terpakai – Peguam

Jika ada perintah pembangunan atau kelulusan bangunan atau rumah sedia ada terbina di atas tanah tersebut maka pengambilan tanah hanya boleh dibuat atas sebab membangunkan ultiliti awam, bukan untuk tujuan lain

11:00 AM MYT

 


KUALA LUMPUR – Pemilik tanah di Kampung Sungai Baru di sini telah diminta oleh pentadbir tanah untuk mengosongkan kediaman mereka selewat-lewatnya 19 Oktober ini, bagi membolehkan projek pembangunan semula yang bernilai berbilion ringgit dilaksanakan.

Berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan pada 27 Jun 2022, pengambilan tanah Kg Sg Baru dilakukan di bawah Seksyen 3(1)(C) Akta Pengambilan Tanah 1960 (LAA).

Namun timbul persoalan sama ada pemilik tanah perlu akur akan perintah berkenaan dan sama ada penggunaan Seksyen 3(1)(c) terpakai bagi pengosongan rumah mereka.

Timbul persoalan sama ada pemilik tanah perlu akur akan perintah notis merah yang ditampalkan di hadapan rumah mereka. – Azim Rahman/Scoop, 15 Oktober, 2023

Bagi peguam, Derek Fernandez, pengambilan tanah menggunakan Seksyen 3(1)(c) akta terbabit harus mengikut sekatan dan syarat di bawah Seksyen 3(2) dan Seksyen 3(6) akta sama.

Beliau berkata, Seksyen 3(1)(c) akta itu menetapkan tujuan pengambilan tanah dibenarkan bagi maksud perlombongan atau bagi kediaman, pertanian, perniagaan, perindustrian atau maksud-maksud rekreasi atau mana-mana gabungan daripada maksud-maksud tersebut.

Katanya, berdasarkan Seksyen 3(2) pula, permohonan pengambilan tanah mengikut Seksyen 3(1)(b) atau (c) perlu dibuat secara bertulis kepada pentadbir tanah.

Seterusnya, Seksyen 3(6) pula menetapkan mana-mana tanah dipohon bawah subseksyen (2) yang terdapat kelulusan pembangunan kepada pemilik tanah dan pengambilan itu bukan atas sebab utiliti awam, pihak berkuasa negeri tidak perlu menimbang permohonan dan pentadbir tanah boleh menolak permohonan.

“Bermaksud di sini jika ada perintah pembangunan atau kelulusan bangunan atau rumah sedia ada terbina di atas tanah tersebut maka pengambilan tanah hanya boleh dibuat atas sebab membangunkan ultiliti awam dan bukan untuk tujuan lain.

“Isunya penduduk pun sudah ada rumah di sana, dah ada pembangunan di situ, jadi jelas notis keluar berdasarkan Seksyen 3(1)(C) itu tidak terpakai.

“Ia (tanah) bukan ambil untuk dibina utiliti awam, tapi bagi kepada pemaju lain, jadi pada pendapat saya mengikut undang-undang itu jelas tafsirannya,” katanya kepada Scoop.

Penduduk diarahkan mengosongkan kediaman mereka selewat-lewatnya 19 Oktober ini. – Azim Rahman/Scoop, 15 Oktober, 2023

Pada 6 Oktober lalu, pentadbir tanah telah mengarahkan pemilik tanah Kg Sg Baru untuk mengosongkan kediaman mereka selewat-lewatnya 19 Oktober ini bagi memberi laluan kepada projek pembangunan semula yang bernilai berbilion ringgit.

Notis ini dikeluarkan walaupun tarikh pengosongan itu telah ditunda kepada 31 Oktober, iaitu satu tarikh yang telah disahkan oleh setiausaha politik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azman Abidin.

Notis terbaharu itu menyatakan yang penduduk telah menduduki tanah kerajaan tanpa kebenaran daripada pihak berkuasa negeri dan merupakan satu kesalahan Seksyen 425(1) Kanun Tanah Negara.

Mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 ataupun penjara sehingga lima tahun.

Sementara itu Presiden Pertubuhan Profesional Tanah Malaysia (Pertama) Profesor Ismail Omar, berkata langkah selanjutnya boleh diusahakan pemilik tanah adalah dengan membuat permohonan intervensi kepada Perdana Menteri dan pihak yang menyelia hal-hal berkaitan Wilayah Persekutuan.

Langkah selanjutnya boleh diusahakan pemilik tanah adalah dengan membuat permohonan intervensi kepada Perdana Menteri dan pihak yang menyelia hal-hal berkaitan Wilayah Persekutuan – Gambar Scoop, 15 Oktober, 2023

“Sama ada mohon untuk memberi penangguhan sedikit lagi masa dan juga mempercepatkan proses rayuan di mahkamah berkait harga penilaian rendah ditawar iaitu RM400 sekaki persegi.

“Ini supaya kedua-dua pihak iaitu penduduk dan juga pemaju berada dalam situasi menang-menang, saya lihat itu keadaan terbaik.

“Sebab isu ini dicampuri politik sejak dari awal, jadi kesungguhan politik juga diperlukan untuk buat keputusan dalam hal ini,” katanya.

Ismail turut memberitahu, sepatutnya sebelum perjanjian penjualan atau pengambilan tanah yang membabitkan seksyen terbabit, kajian penilaian impak sosial (SIA) perlu dibuat terlebih dahulu.

“Kalau SIA dibuat, kita boleh tahu berapa lama hendak ditangguhkan, berapa hendak dibayar, (pampasan), apa kesannya kepada pemilik selepas penjualan, tapi itu tidak dibuat.

“Lebih penting, kajian SIA hendaklah dijalankan supaya pampasan sebenar “betul mencukupi dan diterima semua pihak” dapat dilakukan,” katanya. – 17 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related