‘Doa orang ramai untuk lihat saya keluar termakbul’, Aishah akhirnya tersingkir dari All Stars Gegar Vaganza

Aishah menjadi peserta ketiga tersingkir dari pentas All Star Gegar Vaganza selepas Cliff Umar dan Suki Low

2:17 PM MYT

 

SHAH ALAM — Penyanyi Datuk Aishah diumumkan sebagai peserta ketiga tersingkir pada konsert minggu keempat, All Stars Gegar Vaganza (GV10) yang berlangsung di Auditorium, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) malam tadi.

Aishah, yang menyampaikan lagu Terlanjur Cinta berduet bersama Vince AF1 gagal menarik perhatian barisan juri profesional dengan mendapat markah terendah iaitu 43.75 peratus.

Aishah menjadi peserta ketiga tersingkir dari pentas All Stars Gegar Vaganza selepas Cliff Umar dan Suki Low. – Gambar Astro, 16 Oktober, 2023

Menurut juri tetap dari Indonesia, Hetty Koes Endang, dia tidak menafikan kehebatan vokal Aishah tetapi merasakan bahawa persembahannya kurang dari segi emosi ketika menyampaikan lagu berkenaan.

“Lagu Terlanjur Cinta mungkin baru buat anda. Dari segi vokal memang tidak diragukan tetapi ada emosi yang tidak kena.

“Aishah perlu tingkatkan latihan lagi kerana lagu cinta ini perlu tenang untuk disampaikan dan jangan emosi,” katanya.

Sementara itu bagi Aishah sendiri, dia akur dengan adat pertandingan yang harus punya penyingkiran, tetapi dia sedih apabila mengenangkan para peminat yang sentiasa menyokongnya.

“Saya rasa ramai juga doa orang di luar sana yang makbul untuk saya keluar dari program ini.

“Saya agak gembira bila tersingkir kerana boleh sambung tidur esok,” katanya ketika ditemui pada sidang media sejurus tamat konsert.

Kongsi Aishah lagi, dia tidak tahu apa lagi yang pihak juri mahukan darinya sehingga menyebabkan dia keliru.

“Mungkin zaman telah beredar. Saya tak faham apa lagi yang mereka mahukan. Mungkin zaman saya lain. Apa yang kami suka sangat berbeza.

“Saya agak keliru. Tetapi perkara ini biasalah. Nanti lepas ni masih akan ada yang panggil saya untuk buat persembahan. Raya kau cari juga aku, Merdeka kau cari juga aku,” ujarnya.

Persembahan duet Aishah bersama Vince Chong menerusi lagu Terlanjur Cinta dikatakan kurang emosi. – Gambar Astro, 16 Oktober, 2023

Pada malam tersebut juga, Noryn Aziz muncul sebagai peserta yang memperoleh markah tertinggi iaitu 85.23 peratus selepas membuat persembahan penuh bertenaga hasil gandingan duet bersama penyanyi legenda, Liza Aziz menyampaikan lagu l’m Every Woman.

Tempat kedua pula menjadi milik penyanyi Liza Hanim yang berduet dengan Ziana Zain menerusi lagu Madah Berhelah dengan markah sebanyak 85 peratus.

Ayai yang berduet dengan Datuk M Nasir menerusi lagu Raikan Cinta berjaya memikat hati juri dengan berada di tempat ketiga dengan kutipan markah sebanyak 83.25 peratus biarpun minggu lalu dia berada di tempat terakhir.

Penyanyi Singapura, Hady Mirza pula mengejutkan ramai apabila berada di kedudukan tiga terbawah bersama Siti Nordiana dan Datuk Aishah. – 16 Oktober, 2023

Topics

 

Popular

1MDB trial: Aug 20 fixed for CoA hearing on Najib’s bid to recuse judge Sequerah

The Court of Appeal has fixed August 20 to hear Datuk Seri Najib Razak’s appeal to recuse judge Datuk Collin Lawrence Sequerah from presiding over the ongoing RM2.27-billion 1Malaysia Development Bhd (1MDB) corruption trial

Cops arrest three mule account holders, duped victims of RM300,000

Victims report on suspects after making transactions online to different bank accounts

Unity govt ‘colour blind’ when supporting opposition states during disasters: Zahid

The unity government has never marginalised any opposition-ruled states in the provision of humanitarian aid during disasters, said Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Related