Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1697510585:17
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 353
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 125466
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 17
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:165:"Menurutnya, arahan sedemikian yang pertama kali dalam sejarah negara, adalah untuk memastikan para pelajar mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => yuran universiti
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Anwar berkata, beliau dimaklumkan terdapat pelajar dari Ampang dan Tambun menolak tawaran kemasukan ke universiti kerana tidak mampu membayar yuran pendaftaran.
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 56
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748392742";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:0;i:2;}}i:3;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748512781";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:9;i:1;}}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748049453";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:1;i:1;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1748512781
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 3
        )

)
Saya bagi arahan tidak ada universiti boleh tolak pelajar miskin, mesti daftar... : PM | Scoop

Saya bagi arahan tidak ada universiti boleh tolak pelajar miskin, mesti daftar… : PM

Menurutnya, arahan sedemikian yang pertama kali dalam sejarah negara, adalah untuk memastikan para pelajar mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi

10:42 AM MYT

 

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengeluarkan arahan kepada universiti awam di negara ini untuk tidak menolak kemasukan pelajar miskin atau tidak mampu membayar yuran.

Memaklumkan perkara berkenaan pada Majlis Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan di sini hari ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, arahan sedemikian, yang pertama kali dalam sejarah negara, adalah untuk memastikan para pelajar mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.

“Saya bagi arahan tidak ada universiti yang boleh menolak mana-mana pelajar miskin, mesti daftar bagi nama dan kementerian atau jabatan harus selesaikan.

“Ini pertama kali berlaku dalam sejarah, tidak ada anak kita di mana sahaja, daripada kaum mana juga, yang miskin dan tidak mampu menolak tawaran ke universiti. Dia daftar dulu, kemudian dia lapor,” katanya.

Ketika berucap, Anwar berkata, beliau dimaklumkan terdapat pelajar dari Ampang dan Tambun menolak tawaran kemasukan ke universiti kerana tidak mampu membayar yuran pendaftaran.

Beliau turut berkata, pelajar sedia ada yang tidak mampu membayar yuran pengajian tidak akan disekat bagi mendaftar subjek pada setiap semester dan bayaran boleh dilunaskan selepas pendaftaran subjek.

Dalam pembentangan Belanjawan 2024 pada 13 Oktober lalu, Anwar mengumumkan bermula Januari depan, yuran pendaftaran masuk ke universiti awam dihadkan tidak melebihi RM1,500 iaitu selari dengan nilai pemberian Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berjumlah RM1,500. – 17 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Minister v podcast: Hannah Yeoh’s public feud sparks debate on sponsored content ethics

Sports minister has criticised Gintell for sponsoring episode of Keluar Sekejap pod, hosted by Shahril Hamdan and Khairy Jamaluddin

Ringgit opens easier against US dollar

The ringgit eased against the US dollar at the opening today on better demand for the greenback amid firmer US Treasury yields.

Cerewet bab makan, Fasha Sandha lebih gemar memasak di bulan Ramadan

Walaupun sibuk menjayakan penggambaran drama 15 episod, Khilaf Yang Tertulis arahan Jamal Khan ketika ini, Fasha Sandha mengakui dia masih sempat mencuri waktu untuk memasak juadah berbuka buat keluarganya.

Related