NRC kenal pasti 58 isu ‘merencatkan’ pendidikan tinggi, usul cadangan penyelesaian

Jawatankuasa itu juga membangkitkan tujuh tema umum yang merencatkan evolusi sistem pendidikan tinggi negara

10:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebanyak 58 isu dikenal pasti Jawatankuasa Menyemak dan Mengkaji Semula Dasar Pendidikan Tinggi Nasional (NRC), bagi mengangkat sektor pendidikan tinggi negara ke arah lebih cemerlang dan kontemporari.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menerusi kenyataan berkata, semua isu itu sudah dipadankan dengan cadangan penyelesaian yang boleh dikategorikan sebagai perubahan transformasi, ‘quick-wins’ dan pemboleh ubah bagi jangka panjang.

Jelasnya, jawatankuasa itu juga membangkitkan tujuh tema umum yang merencatkan evolusi sistem pendidikan tinggi negara.

“Ini termasuklah peraturan ketat mengekang perkembangan, proses tidak cekap hingga menjadi punca kelewatan, karenah birokrasi, ketidakselarasan antara keperluan industri serta reka bentuk akademik, di samping hala tujunya tidak jelas kerana kekurangan dasar mahupun peraturan.

“Perkara turut merencatkan pendidikan tinggi Malaysia adalah disebabkan sumber tidak mencukupi, mekanisme pembiayaan tidak memberi insentif kepada institusi yang menunjukkan prestasi tinggi, selain penguatkuasaan dan pelaksanaan lemah,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, KPT memaklumkan jawatankuasa berkenaan akan mempamerkan pelbagai cadangan utama, seiring dengan misi peningkatan prestasi ekosistem pendidikan tinggi secara kolaboratif.

“Ini akan menjadikan sistem pendidikan tinggi negara berfungsi dengan optimum, efisien, dan seterusnya menghasilkan universiti serta institusi, setaraf sistem pendidikan antarabangsa yang terbaik,” katanya.

Pada 13 Mac lalu, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mohammad Yusof Apdal mengumumkan pembentukan satu jawatankuasa khas bagi membuat semakan dan kajian secara mendalam mengenai dasar pendidikan tinggi nasional.

Beliau dilaporkan berkata, dasar tidak relevan akan dihentikan, sementera yang lemah bakal ditambah baik dan diperkemas.

Mengulas perkara berbeza, KPT memaklumkan pihaknya akan menganjurkan Hari Terbuka Pendidikan Tinggi Negara pada 23 Oktober ini, bertujuan memupuk semangat terbuka, ketelusan, selain kerjasama sesama individu dan organisasi yang terbabit dalam ekosistem pendidikan tinggi.

“Ketahui dengan lebih lanjut mengenai semua cadangan itu di Hari Terbuka Pendidikan Tinggi Negara di pekarangan lobi Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya. KPT juga menganjurkan program itu untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas dari orang ramai berkenaan cadangan diunjurkan NRC.

“Hari terbuka ini akan bermula dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Majlis penutupannya akan disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tanda persetujuan ke atas cadangan diusulkan,” katanya. – 17 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Rumah agam Sharifah Aini dirobohkan, ada persoal mengapa kerajaan tidak jadikan muzium?

Rumah agam milik biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang selama ini menjadi lambang kemewahan anak seni tempatan yang benar-benar sukses dalam bidang nyanyian sedang dalam proses untuk dirobohkan.

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

Mat Sabu says rice supply can last four to five months

There is sufficient rice supply to cover the country’s domestic needs for the next four to five months, said Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu.

Related