Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1697945966:17
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 126857
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 17
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-104447
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-104447
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:174:"Penganalisis bidang berpandangan, dakwaan bahawa operasi dua agensi itu umpama ‘zaman batu’, tidak wajar dikeluarkan kerana perkhidmatan produk halalnya tidak ketinggalan";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Jakim
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Malah, penganalisis bidang berpandangan, dakwaan bahawa operasi dua agensi itu umpama ‘zaman batu’, tidak wajar dikeluarkan kerana perkhidmatan produk halalnya tidak ketinggalan
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 59
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 317
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748408094";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:4;i:2;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748770968";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:16;i:1;i:9;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 6
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1748770968
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [footnotes] => Array
        (
            [0] => 
        )

)
HDC, Jakim tidak perlu dijenamakan semula, cuma diperkasa setanding industri halal dunia | Scoop

HDC, Jakim tidak perlu dijenamakan semula, cuma diperkasa setanding industri halal dunia

Penganalisis bidang berpandangan, dakwaan bahawa operasi dua agensi itu umpama ‘zaman batu’, tidak wajar dikeluarkan kerana perkhidmatan produk halalnya tidak ketinggalan

10:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Halal Development Corporation (HDC) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak perlu dijenamakan semula, sebaliknya diperkasa secara holisitik, khususnya dari sudut penstrukturan pentadbiran.

Penganalisis Ekonomi Putra Business School (PBS), Profesor Madya Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, pemerkasaan itu penting agar Malaysia tidak ketinggalan dalam industri produk halal dunia.

Katanya, bagi memastikan pemerkasaan itu mampu diperoleh secara berkesan, ahli lembaga pengarah yang dilantik menerajui dua agensi berkenaan haruslah terdiri daripada golongan profesional.

Malah, katanya, lantikan politik perlu dihentikan agar tatakelola lebih baik mampu dicapai.

Profesor Madya Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, bagi memastikan pemerkasaan itu mampu diperoleh secara berkesan, ahli lembaga pengarah yang dilantik menerajui dua agensi berkenaan haruslah terdiri daripada golongan profesional – Gambar AEA, 20 Oktober, 2023

Bagaimanapun, beliau berkata, walaupun dua agensi itu belum mencapai standard sebenar, saranan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang seolah-olah menganggap ia beroperasi seperti di zaman batu adalah tidak tepat.

“Dua agensi ini tidak ketinggalan walaupun barangan halal seperti Thailand sudah ke hadapan. Sebagai contoh, halal itu boleh merangkumi pelbagai jenis perkhidmatan, termasuk cara memulakan perniagaan, kewangan dan aspek belum diterokai untuk dimasukkan dalam pensijilan atau penarafan halal.

“Justeru, dua agensi ini ada peluang untuk meneroka aspek halal lain. Kalau mahu tingkatkan prestasinya, ia harus ada pelaburan berkala dan kalau boleh, laporan terus kepada Parlimen bagi menjadikan HDC dan Jakim lebih cekap.

Profesor Madya Ahmed Razman berkata, halal boleh merangkumi pelbagai jenis perkhidmatan, termasuk cara memulakan perniagaan, kewangan dan aspek belum diterokai untuk dimasukkan dalam pensijilan atau penarafan halal – Gambar Scoop, 20 Oktober, 2023

“Ini lagi bagus agar ia ada semangat dan sikap tanggungjawab untuk rakyat mengetahui berapakah peruntukan sudah dibelanjakan atau apakah impaknya. Saya lihat ini akauntabiliti perlu diperkukuhkan,” katanya kepada Scoop.

Bagi penganalisis ekonomi Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKMM), Profesor Madya Abu Sofian Yaacob, HDC dan Jakim perlu ‘diperhebat’ peranannya dengan menambah lebih ramai tenaga pakar agar pelbagai produk halal mampu dihasilkan anak tempatan.

Jelasnya, peruntukan RM150 juta menerusi Bajet 2024 kepada Jakim untuk menyelenggara dan menaik taraf prasarana institusi pendidikan Islam, dilihat tidak mencukupi.

Menurutnya, jumlah dana itu sukar digunakan dalam membangunkan industri halal di Malaysia dengan lebih holistik.

“Kena ambil lebih ramai kakitangan, khususnya pakar dan profesional dalam menjalankan kajian untuk menghasilkan produk halal kerana ia bukan boleh dibuat main-main, malah perlu diteliti secara terperinci mengikut hukum syariah.

Profesor Madya Abu Sofian Yaacob, HDC dan Jakim perlu ‘diperhebat’ peranannya dengan menambah lebih ramai tenaga pakar agar pelbagai produk halal mampu dihasilkan anak tempatan – Gambar UKMM

“Halal haram ini sudah pun ada sejak zaman nabi cuma kita berada di dunia moden, di mana untuk menciptanya, ia memerlukan pengetahuan baharu.

“Ilmu kemodenan dalam pembuatan perlu ditingkatkan dua agensi itu, kembangkan lagi data bank agar ia mampu menjadi rujukan banyak pihak, selain proses (memberi sijil halal) kepada pelbagai syarikat dipermudahkan kerana ia menawarkan keuntungan kepada negara,” katanya.

Sementara itu, penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Jamaie Hamil berpandangan, teguran dilontarkan Bung Moktar perlu dipandang serius pihak berwajib dan isu berkaitan ditangani segera.

Beliau berkata, bagi memperkasa dan memperkukuhkan dua agensi itu, karenah birokrasi dalam proses pengurusannya perlu dihentikan, terutama mempercepatkan proses sijil halal dimohon peniaga dan syarikat.

Jelasnya, karenah birokrasi itu akhirnya, menyebabkan perniagaan yang memerlukan sijil halal tidak dapat memperolehnya dengan cepat.

“Jangan nak mohon kena tunggu sehingga makan masa sampai dua tahun. Ini baru peringkat dalaman, belum lagi nak eksport atau import barangnya.

Jamaie Hamil berkata, bagi memperkasa dan memperkukuhkan dua agensi itu, karenah birokrasi dalam proses pengurusannya perlu dihentikan, terutama mempercepatkan proses sijil halal dimohon peniaga dan syarikat – Gambar UKM

“Jadi bukan soal produk, tetapi kerja perlu dilipat ganda kerana tidak dinafikan agensi aliran agama ini, mereka buat kerja lambat sikit. Ini memang terbukti dan terdapat keperluan diwujudkan cara kerja baharu.

“Pada masa sama, bawa masuk lebih ramai individu yang mempunyai kredibiliti serta ketokohan agar HDC dan Jakim boleh pergi lebih jauh kerana pengalaman dimiliki pemimpin ini mampu membawa keuntungan terhadap dua agensi terbabit,” katanya.

Terdahulu, Bung Moktar ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di Dewan Rakyat menegaskan, sudah tiba masa kerajaan memperkasakan HDC dengan berkolaborasi bersama Jakim kerana kedua-dua agensi itu tidak lagi boleh beroperasi seperti di zaman batu.

Pemerkasaan itu, katanya, bagi memastikan negara tidak ketinggalan dalam industri produk halal dunia, tambahan ketika ini kewujudan HDC tidak dirasai di negara ini – 22 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Haji Furada: Hajar Sazrul Travel & Tours diperintah bayar RM634,000 kepada 25 bekas pelanggan

Mereka terdiri daripada kumpulan 15 individu yang telah berlepas ke Jeddah selepas menerima e-visa namun terkandas di Lapangan Terbang King Abdul Aziz kerana visa terbabit adalah palsu manakala 10 lagi belum berlepas kerana tidak menerima e-visa walaupun sudah menjelaskan semua bayaran pakej haji dalam insiden pada 2019

Asiad: CDM confident contingent can achieve target of 27 medals

The Malaysian contingent to the Asian Games is confident they can achieve the target of 27 medals, with eight days of competition remaining before the closing ceremony on October 8.

[LIVE] Nik Elin v Kelantan: justices void 16 out of 18 provisions, over 500 gathered outside

The justices rule that only two Sections out of 18 provisions contended are legal, which are Section 13 (selling or giving away a child to non-Muslim or morally reprehensible Muslim) and Section 30.

Related