Malaysia berjaya dalam rundingan dengan China, Indonesia dan Thailand untuk guna mata wang tempatan: PM

'Tentunya kesannya tidak akan segera terjelma. Namun, langkah permulaan yang tegas telah diambil yakni Malaysia mesti bergerak ke arah pendolarisasi’: Anwar

5:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia berjaya dalam rundingan bersama China, Indonesia dan Thailand untuk menggunakan mata wang tempatan dalam urusan perdagangan agar kedudukan serta kekuatan ringgit dapat kembali kuat dan mengukuh.

“Tentunya kesannya tidak akan segera terjelma. Namun, langkah permulaan yang tegas telah diambil yakni Malaysia mesti bergerak ke arah pendolarisasi,’’ katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Beliau berkata demikian dalam pertemuan dengan mahasiswa dan rakyat Malaysia di Kaherah, sejurus tiba dari Istanbul.

Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) bergambar bersama mahasiswa dan rakyat Malaysia di Kaherah. – Gambar Facebook, 23 Oktober, 2023

Mengulas lanjut, Anwar memaklumkan beliau turut menjawab mengenai kedudukan ringgit yang kini tercabar parah akibat tindakan Federal Reserve Amerika Syarikat yang secara agresif meningkatkan kadar faedah.

Tindakan Federal Reserve Amerika Syarikat itu, ujar beliau turut mengesankan mata wang renmimbi China dan Yen, Jepun.

Beliau juga mengambil peluang dalam mencerakinkan usaha dan tumpuan kerajaan dalam memulihkan ekonomi Malaysia serta langkah-langkah yang telah diambil.

“Saya tegaskan Malaysia mesti kebah dari penyakit rasuah dan kegagalan menegakkan tatakelola, dan tatanan ini mesti dilonjakkan ke tahap yang lebih baik,’’ katanya. – 23 Oktober, 2023

Topics

 

â—‰ Hangat

Mat Sabu says rice supply can last four to five months

There is sufficient rice supply to cover the country’s domestic needs for the next four to five months, said Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu.

No leak, just a list: MoE on SPM 2024 History paper scandal

Ministry clears up allegations of leaked exam paper after screenshot of chat goes viral

Sexual assault against children up 21% in 2023: DoSM

1,389 cases reported last year, compared to 1,147 in 2022

â—‰ Related