Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1698168785:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 128419
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:112:"Himpunan Malaysia Bersama Palestin adalah himpunan kali kelima yang diadakan di ibu negara sejak dua minggu lalu";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Himpunan Malaysia Bersama Palestin
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Himpunan Malaysia Bersama Palestin adalah himpunan kali kelima yang diadakan di ibu negara sejak dua minggu lalu
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 62
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 5
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 460
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1753092811";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:10;i:1;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 0
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1753092811
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [footnotes] => Array
        (
            [0] => 
        )

)
[LANGSUNG] Anwar dedah terima banyak ugutan, teguran pihak sokong Israel, 'saya sebut kamu...' | Scoop

[LANGSUNG] Anwar dedah terima banyak ugutan, teguran pihak sokong Israel, ‘saya sebut kamu…’

Himpunan Malaysia Bersama Palestin adalah himpunan kali kelima yang diadakan di ibu negara sejak dua minggu lalu

6:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Cuaca mendung sepanjang hari tidak menghalang peserta berkumpul di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil di sini untuk menyertai Himpunan Malaysia Bersama Palestin, malam ini.

Peserta mula berkumpul di situ seawal jam 6 petang dengan semangat yang tinggi sebagai tanda solidariti kepada penduduk Gaza.

Ia adalah himpunan kali kelima yang diadakan di ibu negara sejak dua minggu lalu.

Tinjauan awal Scoop mendapati orang ramai masih menunggu kebenaran penganjur untuk memasuki Axiata Arena. Difahamkan kebenaran masuk akan diberi sebelum jam 7 petang.

Pada jam 6.35 petang, kelihatan orang ramai sedang beratur untuk memasuki Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil – Irwan Shafrizan Ismail/Scoop, 24 Oktober, 2023

Kelihatan juga orang ramai beratur untuk memasuki Axiata Arena. Sebelum masuk, petugas keselamatan akan memeriksa beg dan barangan dibawa peserta himpunan hari ini bagi mengelak membawa barangan berbahaya.

Proses masuk ke arena kelihatan lancar dan selepas masuk waktu Maghrib, peserta Himpunan Malaysia Bersama Palestin beramai-ramai menunaikan solat di ruang terbuka Stadium Axiata Arena.

Peserta perhimpunan yang berjaya masuk ke ruang stadium awal menunaikan solat Maghrib secara berjemaah – Alif Omar/Scoop, 24 Oktober, 2023

Menjelang jam 8 malam, laungan ‘Bebas Gaza’, ‘Hidup Palestin’, ‘Bangkit Gaza’, ‘Israel Cuak’, ‘Hancur Zionis’ diiringi takbir mula bergema di dewan Axiata Arena.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Hasanuddin Mohd Yunus memulakan ucapan dengan berkongsi pengalamannya dalam misi kemanusiaan bantuan ke Gaza.

Wakil Palestinian Culture Organization Malaysia (PIKOM) Dr Baderuddin menggesa sokongan berterusan diberikan rakyat Malaysia kepada penduduk Gaza dengan menegaskan, isu Palestin bukan sahaja soal orang Islam, malah semua penganut agama lain.

Selepas itu, wakil Dewan Perniagaan Cina KL-Selangor, Lee Chin Wai menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan konflik Israel dan Palestin, mendesak gencatan senjata diusahakan secepat mungkin bagi menghentikan peperangan, selain memastikan bantuan makanan serta ubatan dihantar segera ke Gaza.

Penyanyi, Faizal Tahir naik ke pentas untuk mempersembahkan lagu ‘Assalamualaikum Dunia’, sebuah lagu dengan lirik bertemakan kemanusian di pentas Axiata Arena.

Antara para peserta perhimpunan yang membawa placard ‘Israel Cuak’ – Alif Omar/Scoop, 24 Oktober, 2023

Penyanyi itu meminta semua yang hadir ke acara perhimpunan malam ini untuk bersatu dalam solidariti. Menurutnya, seluruh dunia boleh bersatu untuk Gaza kerana tahu siapa pihak yang benar.

Beliau turut mendoakan agar Allah SWT mengurniakan kemenangan dan memberi bantuan kepada seluruh rakyat Palestin, seperti Allah memberi bantuan kepada Nabi Muhammad SAW ketika Perang Badar.

Wakil MyAqsa Defender yang naik ke pentas sebentar tadi meminta hampir 10,000 peserta perhimpunan di Axiata Arena mengangkat plakad ‘Israel Cuak’, minta semua bangkit dan buat tanda pagar #israelcuak #malaysiabersamapalestin di media sosial untuk mengecam kezaliman Israel.

Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Fahmi Fadzil ketika tiba di Stadium Axiata Arena – Sairien Nafis/Scoop, 24 Oktober, 2023

Timbalan Menteri KPWKM, Datuk Aiman Athirah Sabu mahu rakyat Malaysia menunjukkan solidariti dan kebersamaan kasih sayang serta kepedulian kepada saudara di Gaza.

Kata beliau, nyatakan kepada dunia, Malaysia ambil berat nasib penduduk Gaza dan ‘enough is enough’, ratusan nyawa penduduk Palestin telah dirampas rejim Zionis.

“Penyelesaian tuntas, beri pembelaan kepada rakyat Gaza. Kita pula nyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada PM untuk ambil apa jua langkah untuk pembelaan penduduk Gaza. Rakyat Malaysia akan terus beri sokongan,” tambahnya.

Beliau juga mahu Benjamin Netanyahu dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Himpunan Malaysia Bersama Palestin dengan disambut sorakan dan tepukan gemuruh daripada peserta acara itu.

Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Himpunan Malaysia Bersama Palestin – Sairien Nafis/Scoop, 24 Oktober, 2023

Sementara itu, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Muhammad Faisal Abdul Aziz menggesa supaya rejim Israel diheret ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), manakala Holokus 2.0 perlu dihentikan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya mendedahkan beliau menerima banyak ugutan dan teguran daripada pihak serta negara yang menyokong rejim Israel berhubung konflik dengan Palestin.

“Saya terima banyak teguran, ugutan, saya sebut kamu salah pilih orang.

“Saya tegaskan, Malaysia negara bebas merdeka, akan kekal berdaulat dan perjuangkan hak dan kebebasan rakyat Palestin,” katanya. – 24 Oktober, 2023

Perdana Menteri menegaskan, Malaysia negara bebas merdeka, akan kekal berdaulat dan perjuangkan hak dan kebebasan rakyat Palestin – Alif Omar/Scoop, 24 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

‘Hot Daddy,’ two female companions charged with selling porn videos

A man and his two female companions were charged in the magistrates’ court here today with selling pornographic video recordings.

Google sekali lagi terbit data tidak tepat pertukaran nilai ringgit, dolar Amerika Syarikat

Bank Negara Malaysia (BNM) tegas menolak data tidak tepat mengenai kadar pertukaran mata wang yang sedang tersebar menerusi media sosial antara dolar Amerika Syarikat (AS$) dan ringgit Malaysia (RM) yang salah diterbitkan Google pada semalam

Petronas sebagai jantung strategi geoekonomi Malaysia berdepan ancaman perang Trump – Wan Fayhsal

Jangan jadikan Petronas sekadar alat tunggangan untuk nafsu serakah politik yang sempit kelak kita sekadar sesal pendapatan, sesal kemudian tiada berguna

Related