Masa semakin suntuk, kami perlukan bahan api untuk beroperasi, jika tidak…: Agensi PBB

Bahan api digunakan untuk menggerakkan perkhidmatan penting di Gaza seperti hospital yang kebanyakannya bergantung kepada jana kuasa

10:18 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi pelarian Palestin (UNRWA) memberi amaran mereka mungkin terpaksa menghentikan operasi kemanusiaan di seluruh Semenanjung Gaza hari ini melainkan terdapat penghantaran bahan api segera ke wilayah bergolak itu.

“Jika kami tidak mendapatkan bahan api dengan segera, kami mungkin terpaksa menghentikan operasi kami di Semenanjung Gaza mulai malam esok,” kata UNRWA di laman X, semalam.

Agensi bantuan itu sudah memberikan amaran mengenai kekurangan bahan api, yang digunakan untuk menggerakkan perkhidmatan penting di Gaza seperti hospital yang kebanyakannya bergantung kepada jana kuasa.

“Masa semakin suntuk. Kami amat memerlukan bahan api,” kata Pengarah Komunikasi UNRWA, Juliette Touma.

Enam hospital di seluruh Gaza sudah ditutup kerana kekurangan bahan api, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), semalam.

WHO berkata, dengan bantuan UNRWA, bekalan terhad dapat dihantar untuk kegunaan ambulans dan ke empat hospital di selatan Gaza.

“Bagaimanapun, ia hanya cukup untuk memastikan ambulans dan hospital kritikal beroperasi lebih kurang 24 jam,” katanya.

Sementara itu, dianggarkan lebih 700 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara yang dilancarkan dalam tempoh 24 jam ke atas Gaza.

Menurut pegawai Palestin, jumlah kematian itu antara yang tertinggi direkodkan dalam tempoh 24 jam sejak Israel mula mengebom wilayah yang dikepung awal bulan ini.

Tentera Israel mendakwa pengeboman itu mengorbankan lebih 400 pejuang Hamas dan memberi amaran serangan akan diteruskan untuk melumpuhkan operasi kumpulan tersebut. – Agensi

Topics

 

Hangat

Sambutan Hari Merdeka yang cukup luar biasa, PM zahir penghargaan pada semua

Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap semangat merdeka rakyat itu akan terus diperkukuh dan tersemat jitu di setiap sanubari segenap lapisan masyarakat.

Liverpool crowned Premier League champs, match Man Utd’s record of 20 top titles

Historic win before Anfield crowd delivered by Mo Salah, affirmation for Arne Slot in his debut season with the Reds

National football legend Khalid Ali dies at 66

The Football Association of Malaysia (FAM) announced Khalid’s death in a Facebook post today, which said that he had been fighting lung cancer for nearly a year.

Related