Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1698233418:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-115276
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 128696
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-115276
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:164:"Lafaz ikrar yang dituturkan oleh pendaftar adalah perkataan yang terkandung dalam Seksyen 23, Akta 164 yang berbentuk keterangan sifat perkahwinan sivil semata-mata";}
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Perkahwinan Sivil
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Lafaz ikrar yang dituturkan oleh pendaftar adalah perkataan yang terkandung dalam Seksyen 23, Akta 164 yang berbentuk keterangan sifat perkahwinan sivil semata-mata
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 50
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 327
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748872692";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:13;i:1;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748441620";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:14;i:2;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 0
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1748872692
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Lafaz ikrar perkahwinan sivil oleh Saifuddin bukan ritual keagamaan: JPN | Scoop

Lafaz ikrar perkahwinan sivil oleh Saifuddin bukan ritual keagamaan: JPN

Lafaz ikrar yang dituturkan oleh pendaftar adalah perkataan yang terkandung dalam Seksyen 23, Akta 164 yang berbentuk keterangan sifat perkahwinan sivil semata-mata

7:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sesi pendaftaran perkahwinan sivil yang dijalankan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membabitkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail adalah berlandaskan undang-undang sivil di bawah Akta 164.

JPN dalam kenyataan hari ini memaklumkan, proses pendaftaran perkahwinan sivil terbabit tidak melibatkan, tidak menyerupai, tidak melambangkan dan tidak dipengaruhi dengan mana-mana ritual keagamaan atau adat sesuatu kaum.

Berdasarkan akta ini, katanya, Menteri Dalam Negeri bertanggungjawab bagi perkahwinan sivil yang membolehkan beliau melakukan pendaftaran perkahwinan bukan Islam.

“Lafaz ikrar yang dituturkan oleh pendaftar adalah perkataan yang terkandung dalam Seksyen 23, Akta 164 yang berbentuk keterangan sifat perkahwinan sivil semata-mata.

“Ia juga persetujuan dan kesanggupan pasangan menerima perkahwinan tersebut dengan rela hati tanpa paksaan dari mana-mana pihak.

“Malah sesi pendaftaran perkahwinan sivil dengan menteri diadakan sebagai acara istimewa untuk pasangan terpilih ketika sambutan Hari Pendaftaran Negara setiap tahun,” katanya.

Kenyataan JPN itu merujuk kepada video yang sedang tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp ketika ini yang memperlihatkan Saifuddin sedang mendaftarkan perkahwinan sivil pasangan bukan Islam sempena Majlis Sambutan Jubli Intan JPN yang diadakan di JPN Putrajaya, pagi ini.

“Video tersebut adalah rakaman di mana menteri dijemput oleh JPN untuk merasmikan Majlis Sambutan Jubli Intan Jabatan pada hari ini.

“Antara pengisian program adalah mendaftarkan perkahwinan sivil dua pasangan yang sudah dipilih oleh JPN,’’ katanya.

Jelasnya, selain menteri, Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Timbalan Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Pengarah Bahagian Perkahwinan dan Perceraian, Pengarah Pendaftaran Negeri serta pegawai dan kakitangan JPN yang bertugas di Bahagian Perkahwinan dan Perceraian sebagai Timbalan Pendaftar Perkahwinan turut diberikan kuasa melakukan pendaftaran perkahwinan bukan Islam.

Justeru, JPN meminta orang ramai supaya berhenti menyebarkan maklumat yang tidak benar dan meneliti setiap berita yang dibaca dan diterima bagi memastikan ketenteraman awam negara terus terpelihara. – 25 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

UiTM admission policy permanent: vice-chancellor reaffirms commitment to Bumiputera-only

He confirms no change in admission policy despite Malaysian Medical Association's appeal amid specialist shortage

SPM 2023 results out on May 27: MoE

Candidates can obtain results from respective schools starting 10am on announced date

Lapor MCMC jika gambar, video anak dijadikan kandungan tanpa kebenaran

Ibu bapa dan penjaga kanak-kanak diminta membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sekiranya rakaman gambar dan video anak-anak mereka dijadikan kandungan media sosial oleh mana-mana pihak tanpa kebenaran.

Related