Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1698331006:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:146:"Penggunaan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2019 yang bermula Mac 2022 menyaksikan penerima RMT bertambah daripada 400,000 kepada 700,000 murid
";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 408
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 129020
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => KPM
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa komited dan serius dalam menjaga kebajikan serta kesihatan murid termasuk aspek pemakanan sihat menerusi program Rancangan Makanan Tambahan (RMT).
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 61
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1753562146";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:3;i:1;i:20;i:1;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 5
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1753562146
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_wp_old_slug] => Array
        (
            [0] => kpm-prihatin-aspek-pemakanan-sihat-murid-pastikan-rmt-sampai-ke-golongan-sasar
        )

)
KPM prihatin aspek pemakanan sihat murid, pastikan RMT sampai golongan sasar | Scoop

KPM prihatin aspek pemakanan sihat murid, pastikan RMT sampai golongan sasar

Penggunaan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2019 yang bermula Mac 2022 menyaksikan penerima RMT bertambah daripada 400,000 kepada 700,000 murid

9:51 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa komited dan serius dalam menjaga kebajikan serta kesihatan murid termasuk aspek pemakanan sihat menerusi program Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, program RMT itu dipastikan sampai ke golongan sasar menerusi pelbagai inisiatif termasuk membekalkan susu Ultra High Temperature (UHT) 200 mililiter (ml) setiap hari persekolahan bermula 2021 berbanding dua kali seminggu sebelum ini.

“Inisiatif ini bagi memastikan murid dibekalkan dengan nutrien lengkap yang diperlukan bagi membantu pertumbuhan sihat sebagaimana dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Penggunaan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2019 yang bermula Mac 2022 menyaksikan penerima RMT bertambah daripada 400,000 kepada 700,000 murid.

“Menaikkan kadar bagi makanan bermasak RMT sebanyak RM1 mulai 6 November 2022 menjadikan kadar RMT semasa adalah RM3.50 di Semenanjung, RM4 di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Ahmad Marzukh Shaari (PAS-Pengkalan Chepa) yang ingin tahu keseriusan kerajaan melaksana dan memperluas program RMT.

Fadhlina berkata, dalam soal kualiti makanan dijual di kantin sekolah, KPM sudah mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pentadbir sekolah untuk membuat pemantauan kantin dari semasa ke semasa.

“Pentadbir sekolah melalui Jawatankuasa Hal Ehwal Murid berperanan memantau pengurusan kantin sekolah.

“Jawatankuasa ini mengadakan perbincangan dengan pengusaha kantin bagi menyelesaikan isu pengoperasian kantin termasuk kesan kenaikan harga barang dan kualiti makanan bagi memastikan hal ehwal kebajikan murid terjaga,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, KPM turut mendapat sokongan daripada KKM dalam memastikan perkhidmatan kantin sekolah berada pada tahap memuaskan.

“Pihak KKM mengadakan pemantauan secara berkala bagi memastikan makanan yang dijual di kantin sekolah sentiasa bersih, bermutu, berkhasiat dan selamat. Khidmat nasihat dan latihan pengurusan katering sihat kepada pengusaha kantin sekolah turut diadakan.

“Sebagai langkah penambahbaikan, KPM melaksanakan pemantauan awal sesi persekolahan secara bersepadu bagi memantau pengoperasian kantin, pelaksanaan program RMT dan Program Susu Sekolah.

“Dengan kaedah ini, pihak sekolah dan pengusaha kantin dapat dibimbing secara terus supaya dapat mematuhi garis panduan yang disediakan,” katanya. – 26 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Can Malaysians be more friendly? Country 24th in friendliness, welcome for expats

2024 ranking a slide from 15th spot in previous year, locals in Philippines, Indonesia and Thailand easier to befriend

No bad blood with BAM: James Chua to lead Czech Republic badminton team

Former Malaysia Open champion clarifies his resignation, citing career growth as he prepares to take on the head coach role in Europe next month

Raya rush: bus tickets for east coast states sold out, says Loke

More than 220,000 express bus tickets from a total of 330,000 have been sold at the Southern Integrated Terminal (TBS) for the coming Hari Raya Aidilfitri festivities, and tickets to the east coast states have been completely sold out, said Transport Minister Anthony Loke

Related