Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1698413240:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => KPM
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Kementerian Pendidikan (KPM) tidak membenarkan sebarang penggunaan replika senjata, ikon dan simbol yang mengandungi elemen provokasi serta konfrontasi sepanjang penganjuran Minggu Solidariti Palestin di sekolah.
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 53
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 129385
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:109:"KPM menggesa semua institusi di bawah kelolaannya agar sentiasa mengikuti panduan penganjuran yang ditetapkan";}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 233
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748901300";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:21;i:1;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748819619";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:14;i:1;i:23;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 0
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1748901300
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Replika senjata, simbol provokasi dilarang digunakan dalam Minggu Solidariti Palestin | Scoop

Replika senjata, simbol provokasi dilarang digunakan dalam Minggu Solidariti Palestin

KPM menggesa semua institusi di bawah kelolaannya agar sentiasa mengikuti panduan penganjuran yang ditetapkan

9:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) tidak membenarkan sebarang penggunaan replika senjata, ikon dan simbol yang mengandungi elemen provokasi serta konfrontasi sepanjang penganjuran Minggu Solidariti Palestin di sekolah.

KPM menerusi satu kenyataan menegaskan, pihaknya tidak akan berkompromi dengan sebarang unsur ekstremisme dan keganasan.

Susulan itu, KPM menggesa semua institusi di bawah kelolaannya agar sentiasa mengikuti panduan penganjuran yang ditetapkan.

“KPM menggalakkan penganjuran aktiviti yang mendukung isu kemanusiaan seperti tayangan video kedamaian, sayembara puisi kemanusiaan, pertandingan lukisan poster tema kedamaian.

“Ini termasuk kutipan sumbangan kepada rakyat Palestin sepanjang pelaksanaan program ini. Ia perlu dijadikan platform untuk mendidik murid tentang nilai-nilai murni, toleransi, kasih sayang dan saling hormat-menghormati,” katanya.

Sebelum ini, Scoop melaporkan gambar tular yang menunjukkan murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di sebuah sekolah di Meru, Klang memegang senapang mainan dengan lilitan kepala menyokong perjuangan Palestin hanya simbolik bagi memberi kefahaman visual mengenai erti jihad.

Guru sekolah terbabit yang enggan dinamakan berkata, ia merupakan sebahagian daripada acara sambutan hari sukan tahunan sekolah dan tidak timbul isu menyemai semangat keganasan dalam kalangan murid-murid.
Malah katanya, ia hanya bertujuan memberi pemahaman secara visual kepada murid berkeperluan khas tahun empat, lima dan enam mengenai apa itu jihad.

Mengulas lanjut, KPM berkata, pihaknya mengambil perhatian kebimbangan masyarakat mengenai video tular di media sosial mengenai sebuah program di sekolah yang memaparkan unsur ekstremisme.

Bagaimanapun katanya, penganjuran program berkenaan adalah di luar tempoh pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin dan tidak mengikut panduan yang ditetapkan kementerian berkenaan.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan penganjuran Minggu Solidariti Palestin di sekolah dikawal supaya ia tidak menimbulkan sebarang masalah.

Anwar berkata, kerajaan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak pentadbiran sekolah untuk membuat pertimbangan sewajarnya berhubung program dianjurkan KPM itu. – 27 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

UiTM admission policy permanent: vice-chancellor reaffirms commitment to Bumiputera-only

He confirms no change in admission policy despite Malaysian Medical Association's appeal amid specialist shortage

The bold tale of ‘kanji’: a humble Tamil dish with a powerful legacy – Abbi Kanthasamy

15th anniversary of the end of the Sri Lankan civil war sees a new type of cultural oppression where porridge is now the enemy

Agong, queen extend New Year’s greetings

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah and Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah have extended their 2024 New Year’s Day greetings and prayers for the well-being of the people and the country.

Related