Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1698481070:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 208
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1751036317";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:14;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1751036317
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 129622
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:140:"Satu daripada tiga rakyat Malaysia merasa terbeban dengan hutang walaupun tergolong dalam kalangan yang mempunyai pendapatan yang berpatutan";}
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Satu daripada tiga rakyat Malaysia merasa terbeban dengan hutang walaupun tergolong dalam kalangan yang mempunyai pendapatan yang berpatutan
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => pengurusan kewangan
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 56
        )

)
Sikap tidak endah pengurusan wang rakyat Malaysia membimbangkan: Gabenor BNM | Scoop

Sikap tidak endah pengurusan wang rakyat Malaysia membimbangkan: Gabenor BNM

Satu daripada tiga rakyat Malaysia merasa terbeban dengan hutang walaupun tergolong dalam kalangan yang mempunyai pendapatan yang berpatutan

4:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebilangan besar rakyat Malaysia masih bersikap “jangka pendek” dalam pengurusan kewangan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Abdul Rasheed Ghaffour.

Beliau berkata ramai rakyat Malaysia juga bersikap kurang endah dalam menguruskan risiko kewangan masing-masing, termasuk dalam menghadapi situasi yang tidak dijangka.

“Hampir separuh rakyat Malaysia sukar menyediakan RM1,000 bagi tujuan kecemasan dan satu daripada tiga rakyat kita tidak berminat untuk ambil tahu mengenai insurans dan takaful,” katanya dalam ucapan perasmian Karnival Celik Kewangan (KCK) Johor hari ini.

Abdul Rasheed berkata apa yang membimbangkan ialah peningkatan pengetahuan dalam kalangan rakyat Malaysia masih tidak seiring dengan sikap dan amalan pengurusan kewangan mereka.

Beliau berkata statistik Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) menunjukkan ramai yang terpaksa berhutang apabila memerlukan wang di waktu menghadapi kecemasan.

Manakala satu daripada tiga rakyat Malaysia merasa terbeban dengan hutang walaupun kebanyakan daripada mereka tergolong dalam kalangan yang mempunyai pendapatan yang berpatutan, katanya.

“Kaji selidik yang dijalankan juga menunjukkan 37 peratus daripada rakyat Malaysia berkongsi kata laluan dan nombor pin mereka kepada keluarga dan rakan,” tambah Abdul Rasheed.

Justeru, beliau berkata pengetahuan tentang pelbagai produk kewangan dan kesesuaiannya seperti memahami cara mengurus hutang, memahami risiko dan pulangan sesuatu pelaburan serta langkah-langkah untuk melindungi diri daripada menjadi mangsa scam atau penipuan kewangan, merupakan kemahiran yang harus ada pada semua.

“Masyarakat celik kewangan bukan sahaja berpeluang untuk meningkatkan taraf hidup masing-masing, malah berupaya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara,” katanya.

BNM, dengan kerjasama ahli dan rakan kerjasama Jaringan Pendidikan Kewangan, serta industri kewangan kini sedang menganjurkan Karnival Celik Kewangan (KCK), dengan KCK Johor berlangsung mulai 27 hingga 29 Okt, 2023.

 Matlamat KCK adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan celik kewangan dan menggalakkan rangkuman kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia. – 28 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related