Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1698733956:22
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-111673
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-111673
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:152:"Dia terharu apabila mengetahui ada di antara mereka yang tinggal di luar Seoul, sanggup datang semata-mata ingin menonton persembahannya secara langsung";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 603
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Aina Abdul
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Penyanyi popular, Aina Abdul mengukir satu lagi kejayaan dalam portfolio seninya apabila terpilih mewakili Malaysia, sekali gus mengharumkan nama negara di pentas global ‘ABU TV Song Festival 2023’ di Seoul, Korea Selatan, Ahad lalu.
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 61
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 323
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 130507
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1751023003";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:11;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1751023003
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [footnotes] => Array
        (
            [0] => 
        )

)
Aina Abdul harum nama Malaysia di ABU TV Song Festival 2023, persembahan pukau ribuan penonton | Scoop

Aina Abdul harum nama Malaysia di ABU TV Song Festival 2023, persembahan pukau ribuan penonton

Dia terharu apabila mengetahui ada di antara mereka yang tinggal di luar Seoul, sanggup datang semata-mata ingin menonton persembahannya secara langsung

2:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi popular, Aina Abdul mengukir satu lagi kejayaan dalam portfolio seninya apabila terpilih mewakili Malaysia, sekali gus mengharumkan nama negara di pentas global ‘ABU TV Song Festival 2023’ di Seoul, Korea Selatan, Ahad lalu.

Festival nyanyian edisi ke-12 itu dihoskan stesen televisyen nasional negara berkenaan, Korean Broadcasting System (KBS) di KBS Hall.

Aina Abdul bangga dapat mengharumkan nama negara di pentas global ‘ABU TV Song Festival 2023’ di Seoul, Korea Selatan, Ahad lalu. – Gambar Aina Abdul Entertainment, 31 Oktober, 2023

Ia turut menyaksikan penyertaan 11 penyanyi tersohor mewakili negara masing-masing, antaranya China, India, Jepun, Sri Lanka, Macau, Turkmenistan, Tukiye dan Vietnam.

Pada acara disiarkan secara langsung itu, Aina menyampaikan lagu hit ciptaannya berjudul Terus Hidup yang memukau 2,000 penonton di dewan berkenaan.

Bercerita mengenai persembahannya di festival itu, Aina berkata, pemilihan dirinya untuk mewakili Malaysia di pentas antarabangsa adalah peluang keemasan yang tidak mampu ditolak.

“Ini penghormatan cukup istimewa buat saya. Ia bukan sahaja memberi dimensi positif kepada kerjaya seni saya, bahkan boleh disifatkan antara pengalaman terbaik pernah saya kecapi sebagai penyanyi.

“Seperti kita tahu industri Pop Korea (K-Pop) mempunyai reputasi global dan digilai peminat seluruh dunia, manakala KBS antara platform utama yang menjadi lubuk kelahiran artis ternama K-Pop.

“Mengetahui program ini turut disiarkan di saluran KBS dan persembahan saya akan ditonton jutaan rakyat Korea Selatan khususnya, saya tak dapat gambarkan betapa bermakna peluang ini. Walaupun hanya menyanyikan sebuah lagu, saya bangga dapat membawa nama dan budaya Malaysia tercinta di persada dunia,” katanya

Walaupun hanya menyanyikan sebuah lagu, saya bangga dapat membawa nama dan budaya Malaysia tercinta di persada dunia. – Gambar Aina Abdul Entertainment, 31 Oktober, 2023

Mengulas lanjut, Aina berkata, peluang itu juga melengkapkan impiannya untuk menghiburkan peminat di luar negara.

“Saya sangat terharu apabila mengetahui ada di antara mereka yang tinggal di luar Seoul, sanggup datang semata-mata ingin menonton persembahan saya secara langsung.

“Saya harap persembahan saya mempersonakan penonton. Manalah tahu selepas menonton program itu, nama saya di Korea Selatan semakin diingati, peminat makin bertambah dan mengikuti evolusi muzik Aina Abdul,” katanya yang mengharapkan lebih banyak undangan nyanyian di Korea Selatan.

Pada masa sama, Aina berkongsi pengalamannya bekerja bersama produksi luar negara yang disifatkan sangat profesional dan berdedikasi, biarpun wujud kekangan bahasa.

Kenangan terindah dirakam selepas membuat persembahan bersama rakan penghibur dari negara Asia-Pasifik lain. – Gambar Aina Abdul Entertainment, 31 Oktober, 2023

“Saya cukup bertuah kerana bukan sahaja berkongsi pentas dengan penyanyi hebat Asia-Pasifik, malah mengutip pengalaman bekerja dengan kru produksi televisyen antarabangsa yang berdidikasi dan profesional.

“Segala urusan berkaitan program juga lancar dan menyeronokkan. Meskipun terdapat kekangan bahasa, tiada masalah timbul kerana segalanya disusun terperinci. KBS juga menyediakan khidmat penterjemah kepada setiap peserta bagi memudahkan komunikasi,” ujarnya. – 31 Oktober 2023

Topics

 

Popular

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related