Akhirnya Irene tampil jawab gosip cinta dengan Syamsul, ‘sebenarnya dia…’

Wanita itu tampil bersuara mengenainya pada sidang media konsert Stars On Fire Kuala Lumpur, hari ini

6:10 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Irene Deanna, 25, wanita yang pernah dikaitkan dengan Syamsul Yusof menafikan mempunyai hubungan istimewa dengan pengarah filem itu.

Menurutnya, dia juga terkejut apabila namanya tiba-tiba menjadi perhatian media dan netizen gara-gara didakwa mempunyai hubungan dengan Syamsul.

“Saya sebenarnya tak mahu komen mengenai isu ini kerana saya memang tak ada apa-apa (hubungan) dengan dia,” katanya ketika ditemui pada sidang media konsert Stars On Fire Kuala Lumpur, hari ini.

Mengulas mengenai fotonya dan Syamsul yang tular di media sosial, wanita tersebut berkata, Syamsul ketika itu datang atas urusan kerja bersama Utama Motors.

“Dia adalah kenalan kepada ibu bapa saya, bukan saya. Kami hanya ambil gambar sebagai kenalan keluarga. Tak ada apa-apa hubungan lain pun,” katanya.

Ditanya adakah dia membaca segala berita dan komen mengenainya di media sosial, Irene berkata, dia ada berbuat demikian tetapi hanya mampu tertawa.

“Saya ada baca sikit-sikit sebab orang hantar pada saya. Saya hanya mampu tergelak dan tertanya-tanya apa yang sedang berlaku,” katanya.

Pada masa sama, Irene turut mengakui kontroversi yang menghimpit dirinya tidak mengganggu urusan kerjanya.

Malah dia bersyukur apabila jumlah pengikutnya di akaun media sosial bertambah.

Bercerita mengenai penglibatannya dalam konsert Stars On Fire yang menampilkan superstar Bollywood, Hrithik Roshan, Irene berkata, Utama Motors akan menjadi penaja kenderaan untuk semua bintang Bollywood yang terlibat dalam konsert itu. – 6 November, 2023

Topics

 

Popular

Rumah agam Sharifah Aini dirobohkan, ada persoal mengapa kerajaan tidak jadikan muzium?

Rumah agam milik biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang selama ini menjadi lambang kemewahan anak seni tempatan yang benar-benar sukses dalam bidang nyanyian sedang dalam proses untuk dirobohkan.

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

Mat Sabu says rice supply can last four to five months

There is sufficient rice supply to cover the country’s domestic needs for the next four to five months, said Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu.

Related