Isu kandungan Palestin diturunkan, Fahmi jumpa TikTok dan Meta

Isu kawal selia turut dibincangkan dalam pertemuan terbabit

8:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Penyedia platform media sosial TikTok dan Meta telah memberikan komitmen untuk memberikan kerjasama lebih rapat dan erat bagi menyelesaikan isu-isu berbangkit, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Menurut Fahmi, dalam pertemuan petang tadi, beberapa aduan dan isu utama melibatkan dua penyedia platform media sosial itu telah dibangkitkan dan beliau meminta TikTok serta Meta untuk mengambil tindakan segera.

“Antaranya isu judi dalam talian, Coordinated Inauthentic Behaviour dan juga kandungan berkaitan Palestin yang telah diturunkan oleh mereka sebelum ini,’’ katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Fahmi turut memaklumkan isu kawal selia turut dibincangkan dalam pertemuan terbabit.

Pada 26 Oktober lalu, Fahmi mendedahkan terdapat bukti bahawa penyedia platform media sosial TikTok secara sistematik telah menurunkan kandungan berkaitan konflik Palestin-Israel dari Malaysia.

Beliau berkata perkara itu terbukti apabila ramai pengguna platform berkenaan telah mengadu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bahawa kandungan dan siaran langsung yang dimuat naik mereka telah diturunkan.

Susulan itu, beliau mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) membuat teguran keras kepada TikTok dan Meta selain mengatur pertemuan mengenai perkara tersebut. – 9 November, 2023

Topics

 

Hangat

Isu GISBH: ‘Jangan berlengah’ PM arah siasatan dan tindakan segera

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia adalah perkara penting melibatkan soal akidah umat Islam, penyalahgunaan kuasa serta agama dan penderaan kanak-kanak

Malaysia alu-alukan kerjasama telco, media bangunkan aplikasi AI: Fahmi

Fahmi berkata kerangka kawal selia teknologi AI yang mapan dan menyeluruh diperlukan bagi memastikan matlamat penggunaan teknologi AI dapat dicapai

Sexual assault against children up 21% in 2023: DoSM

1,389 cases reported last year, compared to 1,147 in 2022

Related