Bersatu rujuk Ahli Parlimen Gua Musang, Jeli ke Lembaga Disiplin Parti

Dua kes pertama melibatkan Ahli Parlimen Kuala Kangsar dan Ahli Parlimen Labuan, masing-masing digantung keahlian empat dan enam tahun

12:58 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Parti Bersatu akan merujuk dua Ahli Parlimen daripada parti itu yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kepada Lembaga Disiplin Bersatu.

Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Lembaga Disiplin parti itu akan bersidang dalam masa terdekat untuk menentukan hukuman terhadap Ahli Parlimen Gua Musang Mohd Azizi Abu Naim dan Ahli Parlimen Jeli Zahari Kechik.

“Dua kes pertama melibatkan Ahli Parlimen Kuala Kangsar (Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid ) dan Ahli Parlimen Labuan, (Datuk Dr. Suhaili Abdul Rahman), masing-masing digantung keahlian empat dan enam tahun oleh Bersatu,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu di sini, malam ini.

Terdahulu, Iskandar Dzulkarnain mengumumkan keputusannya untuk menyokong Perdana Menteri pada 12 Oktober lepas diikuti Suhaili Abdul Rahman pada 30 Oktober.

Seterusnya, perkara sama dilakukan oleh dua lagi ahli Parlimen iaitu Mohd Azizi yang menyatakan sokongan itu pada Selasa lepas dan Zahari mengisytiharkan sokongannya semalam. – 10 November, 2023

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

Related