Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1699682206:14
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 14
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:118:"Jentera parti tentulah kecewa kerana membantu memenangkan mereka pada PRU-15 namun jentera tidak rugi apa-apa, katanya";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Empat Ahli Parlimen Perikatan Nasional yang mengalih sokongan kepada kerajaan, tidak akan aman seumur hidup kerana mengkhianati keikhlasan yang ditunjukkan oleh jentera parti bagi memenangkan mereka pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 134118
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 282
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750645313";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:3:{i:9;i:1;i:15;i:1;i:2;i:1;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1751050272";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:18;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1751050272
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
4 Ahli Parlimen alih sokongan tidak akan aman sepanjang kehidupan: Sanusi | Scoop

4 Ahli Parlimen alih sokongan tidak akan aman sepanjang kehidupan: Sanusi

Jentera parti tentulah kecewa kerana membantu memenangkan mereka pada PRU-15 namun jentera tidak rugi apa-apa, katanya

11:23 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Empat Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) yang mengalih sokongan kepada kerajaan, tidak akan aman seumur hidup kerana mengkhianati keikhlasan yang ditunjukkan oleh jentera parti bagi memenangkan mereka pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu.

Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, perasaan bersalah itu akan terus mengejar serta menghantui mereka sepanjang kehidupan di dunia dan alam barzah.

Sebaliknya, kata Menteri Besar Kedah itu, jentera pilihan raya yang membantu memenangkan mereka tidak akan rugi apa-apa.

“Dalam hal rakan-rakan yang berubah alih ini, kita jentera pilihan raya tentulah kecewa tapi kekecewaan itu terubat apabila kita kerja kuat pada PRU-15 untuk memenangkan calon kita.

“Kita telah laksanakan dengan ikhlas untuk menobatkan calon PN. Kita ikhlas, pahala dah dapat walau tak dapat habuan tapi ada habuan kita di akhirat,’’ katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Kecil Kemaman, Terengganu, malam tadi.

Dari kiri Datuk Suhaili Abdul Rahman, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid, Mohd Azizi Abu Naim dan Zahari Kechik telah menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri. – Gambar Facebook, 11 November, 2023

Terdahulu, empat Ahli Parlimen Bersatu iaitu Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) dan Zahari Kechik (Jeli) mengumumkan pendirian menyokong kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul menjelaskan tindakan empat wakil rakyat pembangkang itu tidak menjejaskan kerusi di kawasan tersebut.

Sanusi turut memberitahu, tindakan Ahli Parlimen terbabit beralih sokongan adalah disebabkan faktor “menarik”  di mana mereka tidak mendapat peruntukan dan kehabisan wang untuk melakukan kerja serta memberikan perkhidmatan di kawasan masing-masing.

“Faktor kesempitan itu yang menarik mereka bila ada tawaran. Ia umpama menawarkan segelas air kepada musafir yang kehausan,’’ katanya. – 11 November, 2023

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related