Tiada rancangan kawal selia tambang e-hailing, jika harga lantai ditetapkan… 

Penentuan harga lantai tambang e-hailing adalah kompleks dan perlu diimbangi antara pemandu dan pengguna

1:51 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan masih belum berhasrat untuk mengawalselia tambang e-hailing buat masa ini kerana jika harga lantai ditetapkan, harga tambang kepada pengguna mungkin meningkat.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, penentuan harga lantai tambang e-hailing adalah kompleks dan perlu diimbangi antara pemandu dan pengguna. 

“Pemboleh ubah seperti kesesakan trafik, cuaca, jarak, masa, jumlah permintaan dan jumlah penawaran menentukan padanan tempahan dengan penawaran secara langsung. 

“Justeru, harga tambang juga fleksibel mengikut padanan faktor semasa,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Larry Sng (Julau-PBM) mengenai tindakan susulan yang akan diambil Kementerian Pengangkutan selepas pertemuan dengan beberapa pengendali syarikat e-hailing yang beroperasi di Malaysia, terutamanya berkaitan dengan semak semula harga tambang yang dikatakan terlalu rendah sehingga merugikan pekerja dalam sektor gig ekonomi.

Selain itu, Loke berkata, pihak Agensi Pengangkutan Awam Darat sudah mengadakan perbincangan dengan pemain utama industri e-hailing dan menerima beberapa maklum balas.

“Syarikat memberi galakan kepada rakan pemandu untuk beroperasi di kawasan tumpuan melalui insentif yang ditawarkan oleh syarikat masing-masing bagi memenuhi permintaan semasa.

“Sebagai contoh salah sebuah syarikat penyedia perkhidmatan e-hailing membuat penawaran insentif secara seminggu lebih awal kepada pemandu melalui notifikasi aplikasi pemandu. 

“Tawaran insentif yang diumumkan, boleh membantu rakan pemandu merancang waktu operasi yang sesuai dan jumlah pendapatan yang disasarkan. – 14 November, 2023

Topics

 

Hangat

Pardons Board should disclose reasons behind Najib’s sentence reduction, urges Ramkarpal

The Pardons Board should disclose the reasons behind its decision to grant ex-prime minister Datuk Seri Najib Razak a reduced prison sentence and fine, said Bukit Gelugor MP Ramkarpal Singh.

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

Operasi beras putih tempatan dilaksana

“Ini bagi memastikan keseluruhan rantaian bekalan pengedaran beras di semua peringkat, mematuhi peraturan dan perundangan sedia ada,” katanya.

Related