Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1699949406:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_oembed_a94b1c8d9578d797b9f9f2d37415c1be] => Array
        (
            [0] => {{unknown}}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 222
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 135055
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-111673
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-111673
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:70:"Menurutnya, ini sudah kali ketiga foto berkenaan tular di media sosial";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 603
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Alif Satar
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Menurutnya, ini sudah kali ketiga foto berkenaan tular di media sosial
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 63
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 90
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748436920";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:12;i:2;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748783709";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:13;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 6
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1748783709
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Alif Satar tak tersinggung foto lama tular, ‘setiap orang akan lalui fasa hodoh’ | Scoop

Alif Satar tak tersinggung foto lama tular, ‘setiap orang akan lalui fasa hodoh’

Menurutnya, ini sudah kali ketiga foto berkenaan tular di media sosial

4:08 PM MYT

 


PETALING JAYA – Selebriti popular, Alif Satar, mengakui tidak tersinggung apabila gambarnya ketika berusia 16 tahun kembali tular di media sosial.

Menurut Alif atau nama sebenarnya, Muhammad Alif Mohd Satar, 33, gambar tersebut mengimbau kenangan di awal penglibatannya sebagai penyanyi ketika menyertai pertandingan realiti One in a Million (OIAM) pada 2006.

“Sebenarnya ini sudah kali ketiga gambar saya tular. Saya dengan pengikut di Instagram sangat rapat, kalau ada masa saya akan beri maklum balas.

“Saya okey, tidak tersinggung jika mereka ketawakan saya. Semua orang akan melalui fasa hodoh masing-masing.

“Gambar itu ketika zaman OIAM, manalah saya tahu bergaya. Ketika itu bila orang suruh warnakan rambut, pakai rantai, semua saya buat. Kalau sekarang suruh buat semua itu, memang taklah,” katanya ketika ditemui di majlis tayangan episod akhir drama Bukan Sekadar Lafaz.

Ditanya mengenai perubahan fizikalnya yang semakin kacak seiring peningkatan usia, Alif berkata, dia tidak pernah melakukan apa-apa kecuali memakai pendakap gigi.

“Mungkin yang buat saya nampak lain ialah selepas saya pakai pendakap gigi dan berat badan. Dulu berat saya 45 kilogram (kg) sekarang 75kg. Gambar itu peringatan yang baik untuk saya.

“Kenangan yang manis untuk ingat kembali macam mana saya dan Faizal Tahir teruja apabila pelakon Gol & Gincu, budak Akademi Fantasia dan Pak Nil sendiri datang tengok kami di pentas akhir OIAM,” katanya.

Terdahulu foto Alif pada 2006 kembali tular di media sosial apabila ada peminat membandingkan penampilannya dahulu dengan sekarang.

“Sampai hati korang gelak dekat aku. Puberty hit me hard,” katanya di Instagram.

Hantaran Alif di Instagram itu mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen dengan ada yang menjadikannya sebagai inspirasi untuk mengubah penampilan mereka. – 14 November 2023

Topics

 

Popular

Sejarah kekal subjek wajib lulus SPM: Fadhlina

Mata pelajaran Sejarah masih dikekalkan sebagai mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selaras dengan usaha kerajaan untuk memupuk perpaduan dalam gagasan Malaysia Madani

Haji Furada: Hajar Sazrul Travel & Tours diperintah bayar RM634,000 kepada 25 bekas pelanggan

Mereka terdiri daripada kumpulan 15 individu yang telah berlepas ke Jeddah selepas menerima e-visa namun terkandas di Lapangan Terbang King Abdul Aziz kerana visa terbabit adalah palsu manakala 10 lagi belum berlepas kerana tidak menerima e-visa walaupun sudah menjelaskan semua bayaran pakej haji dalam insiden pada 2019

Terengganu MB reveals state exco portfolios

Terengganu Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar today announced the list of 11 portfolios for the state executive councillors, including a representative from Bersatu.

Related