Mahkamah Persekutuan kekalkan Hadi Ahli Parlimen Marang

Hakim menolak rayuan calon BN terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya

4:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang kekal sebagai Ahli Parlimen Marang, selepas Mahkamah Persekutuan hari ini, menolak rayuan calon Barisan Nasional (BN), Jasmira Othman.

Rayuan itu dikemukakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang mengekalkan kemenangan Hadi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Dalam keputusan itu, panel tiga hakim dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim memutuskan Jasmira gagal membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah.

Ujarnya, rayuan itu ditolak tanpa sebarang kos, seperti dilaporkan Free Malaysia Today (FMT) – 15 November 2023

Topics

 

Hangat

Pembangkang minta tangguh perbincangan peruntukan Ahli Parlimen: Fadillah

Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin serta wakil parti pembangkang, telah meminta perbincangan berkaitan isu peruntukan ditangguhkan kepada minggu hadapan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof

Isu GISBH: ‘Jangan berlengah’ PM arah siasatan dan tindakan segera

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia adalah perkara penting melibatkan soal akidah umat Islam, penyalahgunaan kuasa serta agama dan penderaan kanak-kanak

Malaysia alu-alukan kerjasama telco, media bangunkan aplikasi AI: Fahmi

Fahmi berkata kerangka kawal selia teknologi AI yang mapan dan menyeluruh diperlukan bagi memastikan matlamat penggunaan teknologi AI dapat dicapai

Related