Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1700124592:32
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 449
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 135696
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 32
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-111673
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-111673
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:100:"Ada peminat meluahkan kekecewaan di media sosial apabila filem itu tidak lagi ditayangkan di pawagam";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 603
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => La Luna
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Baru seminggu ditayangkan di pawagam, filem tempatan La Luna yang dibintangi Shaheizy Sam dan Sharifah Amani didakwa sudah tiada dalam senarai filem yang ditayangkan di Golden Screen Cinemas (GSC).
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 65
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1751091196";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:6;i:1;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 5
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1751091196
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Filem La Luna dihentikan tayangan, ‘ada filem kita rasa boleh jual, tetapi tak menjadi’ | Scoop

Filem La Luna dihentikan tayangan, ‘ada filem kita rasa boleh jual, tetapi tak menjadi’

Ada peminat meluahkan kekecewaan di media sosial apabila filem itu tidak lagi ditayangkan di pawagam

4:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Baru seminggu ditayangkan di pawagam, filem tempatan La Luna yang dibintangi Shaheizy Sam dan Sharifah Amani didakwa sudah tiada dalam senarai filem yang ditayangkan di Golden Screen Cinemas (GSC).

Ketiadaan tayangan filem itu di pawagam popular berkenaan turut mengundang kekecewaan peminatnya, sehingga ada yang meluahkan perasaan kesal mereka di media sosial.

“Semua kawan saya beritahu betapa bagusnya filem ini. Ia baru sahaja ditayangkan tetapi jarang ada di kebanyakan pawagam. Hanya ada beberapa tayangan di pawagam TGV.

“Bila anda pergi ke laman sesawang GSC, ia terus bawa anda ke filem lain iaitu War On Terror. Syarat skim wajib tayang sedang dieksploitasi dan menyesakkan pembikinan filem,” kata seorang pengguna di aplikasi X.

Ciapan wanita itu kemudiannya mendapat respons Sharifah Amani, pelakon utama filem tersebut dengan berkata ‘ ia sedang berlaku lagi’ berserta emoji sedih dan patah hati.

Dalam ciapan lain, Amani turut berterima kasih kepada penonton yang menyokong filem La Luna dan mendedahkan kali ini agak sukar untuk mereka mempromosikannya kerana terdapat isu lebih besar yang perlu diberikan perhatian.

Sementara itu, berdasarkan maklumat yang dipaparkan dalam laman sesawang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), antara peraturan skim wajib tayang adalah filem harus ditayangkan selama 14 hari berturut-turut di dewan terbesar.

Bagaimanapun penayangan sesuatu filem yang diluluskan boleh ditukar dari dewan terbesar kepada dewan yang lebih kecil jika bilangan penonton kurang 30 peratus daripada jumlah keseluruhan tempat duduk dalam dewan itu selepas empat hari pertama tayangan berturut-turut.

Malah ia juga boleh dilakukan jika bilangan penonton tidak kurang daripada 15 peratus daripada jumlah bilangan tempat duduk dalam dewan itu selepas tiga hari pertama tayangan berturut-turut.

Pempamer (pihak pawagam) hendaklah mengemukakan suatu laporan mengenai apa-apa pertukaran dewan wayang gambar atau penarikan balik mana-mana filem yang diluluskan kepada jawatankuasa dan peserta dalam masa dua hari dari pertukaran tersebut.

Filem La Luna yang mula ditayangkan di pawagam pada 9 November lalu dikatakan kurang mendapat sambutan – Gambar Skop Production FB, 16 November, 2023

Bagi pemilik Skop Production yang juga pengedar filem itu iaitu, Datuk Yusof Haslam, beliau akur dengan kehendak pawagam jika filem yang ditayangkan tidak mendapat sambutan.

“Saya rasa atas faktor kutipan tiket yang kurang baik, menyebabkan filem ini terpaksa dihentikan tayangannya di GSC.

“Sebenarnya situasi ini adalah perkara biasa jika sesuatu filem itu tidak mendapat sambutan. Bukan untuk filem tempatan sahaja.

“Filem Hollywood dan filem antarabangsa yang lain turut akan mengalami nasib yang sama seandainya tidak mendapat sambutan,” katanya kepada Scoop.

Pada masa sama, beliau berkata, filem La Luna mendapat ulasan yang bagus dalam kalangan pengkritik filem tetapi sukar untuk meramal sambutan daripada penonton.

“Ada filem yang kita rasa boleh jual, tetapi tak menjadi,” katanya.

Ditanya adakah situasi tegang di Palestin ketika ini menyebabkan ramai penonton di Malaysia enggan ke pawagam, Yusof bagaimanapun tidak menolak kemungkinan itu.

“Sedikit sebanyak saya percaya situasi ini memberi kesan. Malah filem Hollywood, The Marvels juga kurang mendapat sambutan penonton,” katanya.

Filem La Luna yang dibintangi oleh pelakon hebat seperti Shaheizy Sam, SHarifah Amani, Nadiya Nisa, Namron, Hisyam Hamid, Wan Hanafi Su mula ditayangkan di pawagam tempatan bermula 9 November 2023.

Filem itu diarahkan dan ditulis oleh Raihan Halim. – 16 November, 2023

Topics

 

Popular

Last of the Kaamatan Bobohizan: traditions fade away as modernisation, other religions overshadow ancient rituals

As Sabah celebrates harvest festival, the cultural heritage of the Bobohizan priests is at risk, with few facing a battle to preserve their dying traditions

Muslim NGOs call on OIC to issue solidarity note for Palestinian fighters

Four Muslim non-governmental organisations (NGOs) have called upon the Organisation of Islamic Cooperation (OIC) to convene an emergency meeting to issue a solidarity note to the freedom fighters of Palestine.

[UPDATED] SMART Tunnel now reopened after flash flood closure

Areas in the Klang Valley are once again experiencing flash floods, with at least one road leading towards the SMART Tunnel being closed off due to rising water levels after heavy downpour.  

Related