Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1700226328:33
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 355
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 136142
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 33
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:145:"Majikan wajib membuat pembaharuan permit kerja PDA yang digajikan setiap tahun dan ia perlu dibuat seawal tiga bulan sebelum tamat tempoh permit.";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Sivakumar
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata, kos tersebut meliputi bayaran levi sebanyak RM410, Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) RM60, pemprosesan (RM125) dan visa (RM15)
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 51
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:3:{s:4:"date";s:10:"1753320880";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:1;i:1;}}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1753320880
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Majikan perlu bayar RM610 untuk perbaharui permit PDA Indonesia | Scoop

Majikan perlu bayar RM610 untuk perbaharui permit PDA Indonesia

Majikan wajib membuat pembaharuan permit kerja PDA yang digajikan setiap tahun dan ia perlu dibuat seawal tiga bulan sebelum tamat tempoh permit.

9:03 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Majikan perlu membayar RM610 sebagai kos pembaharuan permit pekerja domestik asing (PDA) Indonesia seperti ditetapkan oleh Jabatan Imigresen (JIM).

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata, kos tersebut meliputi bayaran levi sebanyak RM410, Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) RM60, pemprosesan (RM125) dan visa (RM15).

Katanya, kos tersebut tidak termasuk kos pemeriksaan kesihatan PDA (Fomema) yang dibuat pada setiap tahun pertama, kedua, ketiga dan setiap dua tahun berikutnya dengan tidak melebihi RM200.

“Pembaharuan pasport yang tamat tempoh juga mempunyai bayarannya yang ditentukan kedutaan negara asal PDA masing-masing,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, majikan wajib membuat pembaharuan permit kerja PDA yang digajikan setiap tahun dan ia perlu dibuat seawal tiga bulan sebelum tamat tempoh permit.

Menurut Sivakumar permohonan pembaharuan permit boleh dibuat oleh majikan atau melantik Agensi Pekerjaan Swasta (APS) yang berdaftar dengan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), dan senarai APS boleh disemak di laman sesawang JTKSM.

Pada masa ini, katanya, pengurusan penggajian PDA bagi warga Indonesia adalah disyaratkan dibuat menerusi APS yang berdaftar dengan JTKSM.

Mana-mana kos tambahan oleh APS tertakluk kepada persetujuan kedua-dua belah pihak, manakala proses pembaharuan permit PDA selain daripada PDA warga Indonesia boleh dibuat sendiri oleh majikan secara dalam talian menerusi portal e-PLKS@JIM, katanya. – 17 November, 2023

Topics

 

Hangat

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Pengusaha bas ekspres, berilah kami diskaun atau harga khas: Pelajar IPT

Para pelajar IPT berkata permintaan mereka wajar dipertimbangkan kerana mereka antara yang paling banyak menggunakan perkhidmatan bas ekspres

Shuhaily new Bukit Aman CID director

Kuala Lumpur police chief Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain has been appointed as the Bukit Aman Criminal Investigation Department (CID) director effective August 30

Related