533 pekerja MYAirline mohon SIP Perkeso

Daripada 533 permohonan itu, Perkeso telah meluluskan 277 permohonan

11:10 AM MYT

 

PUTRAJAYA – Seramai 533 pekerja syarikat penerbangan tambang murah MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) telah mengemukakan permohonan untuk mendapatkan faedah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) setakat semalam.

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata daripada jumlah itu, PERKESO telah meluluskan 277 permohonan.

Beliau berkata Kementerian Sumber Manusia (KSM) prihatin dalam memastikan pekerja MYAirline tidak tertindas biarpun status kontrak perkhidmatan mereka seakan-akan tergantung.

“Pihak PERKESO juga telah buat apa yang patut dilakukan setakat ini dan dalam proses untuk mengetahui sama ada pekerja terjejas telah menerima surat pemberhentian kerja dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas hadir program PERKESO Run&Ride 2023 di sini hari ini.

SIP bertujuan menyediakan bantuan kewangan kepada pekerja yang hilang pekerjaan sehingga mereka mendapat pekerjaan baharu.

Sebelum ini, MYAirline mengumumkan penggantungan operasinya berkuat kuasa 12 Okt sehingga diberitahu kelak antara lain disebabkan tekanan kewangan yang menyebabkan operasi perlu digantung sementara menunggu penstrukturan semula pemegang saham dan permodalan semula syarikat.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed pada 2 Nov lepas dilaporkan berkata pihaknya sudah menjalankan lima program intervensi dalam membantu merungkai kemelut dialami pekerja MYAirline. – 19 November, 2023

Topics

 

Hangat

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Related