Gara-gara hubungan tidak direstui, remaja serang ibu dan abang guna parang

Remaja terbabit mencederakan kaki kiri abangnya dengan menggunakan parang berukuran 25 inci panjang selain mengejar ibunya sehingga wanita terbabit terpaksa melarikan diri ke rumah jiran

6:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun ditahan kerana disyaki menyerang ibu dan abangnya dengan parang selepas dilarang berkawan dengan teman wanitanya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP, Mohd. Azam Ismail berkata, remaja terbabit ditahan kira-kira pukul 7 malam, Rabu lalu dan polis turut merampas sebilah parang yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

Beliau berkata, dalam kejadian di sebuah rumah di Pandan Jaya, Ampang di sini pada 1 November lalu, remaja terbabit mencederakan kaki kiri abangnya yang berusia 26 tahun dengan menggunakan parang berukuran 25 inci panjang selain mengejar ibunya sehingga wanita terbabit terpaksa melarikan diri ke rumah jiran.

“Semakan mendapati remaja yang tidak bekerja itu mempunyai lima rekod kes jenayah dan dadah, namun ujian saringan air kencing adalah negatif,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya remaja itu direman empat hari bermula 16 November hingga hari ini mengikut Seksyen 324 dan 506 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan menggunakan senjata dan ugutan jenayah.

Sementara itu, dalam kes berasingan, lima lelaki berusia 24 hingga 26 tahun ditahan pada pukul 10.05 pagi Rabu lalu kerana disyaki terbabit dalam kes pecah rumah dan melarikan wang tunai kira-kira RM400 dan topi keledar di sebuah rumah kedai di Taman Ampang Mewah dekat sini.

Mohd. Azam berkata, siasatan awal mendapati, sebelum kejadian pecah masuk kira-kira pukul 4.30 pagi itu, kesemua suspek yang dalam keadaan mabuk turut memukul dua lelaki warga Myanmar di bawah rumah kedai tersebut.

Kesemua suspek ditahan reman tujuh hari bermula 16 hingga 22 November ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan. – 19 November, 2023

Topics

 

Hangat

Pembangkang minta tangguh perbincangan peruntukan Ahli Parlimen: Fadillah

Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin serta wakil parti pembangkang, telah meminta perbincangan berkaitan isu peruntukan ditangguhkan kepada minggu hadapan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof

Sambutan Hari Merdeka yang cukup luar biasa, PM zahir penghargaan pada semua

Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap semangat merdeka rakyat itu akan terus diperkukuh dan tersemat jitu di setiap sanubari segenap lapisan masyarakat.

Full trial for Sabah Law Society vs Putrajaya over state’s 40% grant

Federal Court dumps Attorney-General’s bid to stop the society’s judicial review against federal government over state’s revenue rights under the Malaysia Agreement 1963

Related