‘Yang minta batal konsert Coldplay, mereka yang tak beli tiket,’ kata Tokram

8:44 PM MYT

 

SHAH ALAM – Banyak faktor yang perlu diambil kira sebelum sesuatu konsert itu dibatalkan, kata maestro muzik terkenal, Datuk Ramli MS atau Tokram mengenai desakan pihak tertentu yang mahu Konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour pada Rabu ini, dibatalkan. 

Malah kata Ramli, setiap pembeli telah melabur banyak wang bukan untuk membeli tiket sahaja malah menyewa hotel dan kenderaan. 

“Sebenarnya yang nak konsert itu dibatalkan adalah mereka yang tidak beli tiket. Bila kita anjurkan sebuah konsert ia melibatkan banyak pihak. 

“Sejujurnya sukar untuk menjawab tentang isu ini kerana seperti yang saya cakap, ia melibatkan banyak pihak. 

“Kita kena lihat dari konteks apa mereka ingin batalkan konsert ini. Adakah dari segi agama, budaya, tingkah laku, bisnes atau ekonomi? 

“Jika semua ini memberikan respon yang negatif, barulah boleh dipertimbangkan untuk dibatalkan,” katanya kepada Scoop. 

Ramli MS kata ramai yang meminta konsert Coldplay untuk dibatalkan adalah mereka yang tidak membeli tiket untuk menghadiri persembahan tersebut. – Gambar Astro, 20 November, 2023

Beberapa pihak sebelum ini telah menggesa supaya Konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour yang dijadualkan di  Stadium Nasional Bukit Jalil, Rabu ini. 

Antara yang meminta konsert itu dibatalkan termasuk Timbalan Mufti Perak Datuk Zamri Hashim pada Rabu lalu meminta pihak berkuasa membatalkan konsert tersebut bagi menghormati perasaan sedih dan simpati terhadap umat Islam di Palestin. 

Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Luqman Abdullah turut menasihatkan penganjur agar tidak meneruskan konsert Coldplay kerana menyifatkan ia melalaikan serta tidak memberi manfaat kepada masyarakat di negara ini. 

Untuk makluman, sebanyak 85,000 tiket konsert sulung Coldplay di Malaysia laris terjual apabila dibuka pada Mei lalu.

Kumpulan yang ditubuhkan pada 1997 itu dianggotai Chris Martin, Jonny Buckland, Guy Berryman dan Will Champion. Mereka cukup popular dengan rantaian lagu hit seperti Fix You, Yellow dan A Sky Full Of Stars. – 20 November, 2023 

Topics

 

Popular

No leak, just a list: MoE on SPM 2024 History paper scandal

Ministry clears up allegations of leaked exam paper after screenshot of chat goes viral

Sexual assault against children up 21% in 2023: DoSM

1,389 cases reported last year, compared to 1,147 in 2022

Isu GISBH: ‘Jangan berlengah’ PM arah siasatan dan tindakan segera

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia adalah perkara penting melibatkan soal akidah umat Islam, penyalahgunaan kuasa serta agama dan penderaan kanak-kanak

Related