Kongres Nasional Tahunan PKR 2023 bermula hari ini

Kongres yang mengangkat tema “Memaknai Reformasi, Menjulang Madani ” itu berlangsung selama dua hari dan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya

9:08 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kongres Nasional Tahunan PKR 2023 bermula hari ini dengan tumpuan terarah kepada ucapan perasmian serentak Kongres Nasional Tahunan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita oleh Timbalan, Presiden Rafizi Ramli.

Kongres yang mengangkat tema “Memaknai Reformasi, Menjulang Madani” itu berlangsung selama dua hari dan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Pada kongres AMK dan Wanita itu, para perwakilan kedua-dua sayap bakal disajikan tayangan montaj 25 tahun Reformasi Keadilan dan genap setahun Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10.

Sejurus selepas perasmian, kedua-dua sayap berkenaan akan memulakan kongres masing-masing dengan ucapan dasar Ketua AMK, Adam Adli Abd Halim dan Ketua Wanita, Fadhlina Sidek, disusuli sesi perbahasan ucapan dasar ketua sayap.

Ia diikuti dengan sesi penggulungan oleh setiausaha, naib ketua, timbalan ketua dan ketua sayap masing-masing.

Dalam pada itu, Anwar dijadualkan menyampaikan ucapan dasar pada 8.30 malam, sekali gus merasmikan Kongres Nasional peringkat pusat parti itu.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada Rabu lalu dilaporkan berkata, Kongres Nasional itu akan dihadiri 2,374 perwakilan dan 1,500 pemerhati selain turut dihadiri pimpinan utama parti-parti gabungan Kerajaan Perpaduan serta 50 perwakilan kedutaan asing.

Beliau berkata, isu kemakmuran ekonomi, kebajikan dan keadilan sosial, tatakelola pentadbiran yang baik dan kestabilan politik akan menjadi tumpuan utama dalam perbahasan.

Menteri Dalam Negeri itu juga berkata, menerusi kongres berkenaan, PKR akan sekali lagi menegaskan mesej dan pendirian terhadap isu kemanusiaan yang berlaku sejak berlaku kemelut Palestin dan Israel selain mengadakan slot khas bagi memperingati mangsa kekejaman rejim Zionis itu. – 25 November, 2023

Topics

 

Hangat

1MDB trial: Aug 20 fixed for CoA hearing on Najib’s bid to recuse judge Sequerah

The Court of Appeal has fixed Ogos 20 to hear Datuk Seri Najib Razak’s appeal to recuse judge Datuk Collin Lawrence Sequerah from presiding over the ongoing RM2.27-billion 1Malaysia Development Bhd (1MDB) corruption trial

Cops arrest three mule account holders, duped victims of RM300,000

Victims report on suspects after making transactions online to different bank accounts

Cops seek witnesses with video recordings of hit-and-run that killed Form 5 student

The police are still waiting for witnesses with video recordings, either from dashcam or CCTV, of the accident in which a 17-tahun-old student was killed when hit by a car driven by a senior police officer in Meru, to facilitate investigations of the case.

Related