Musim tengkujuh: Pembekal jual ayam RM5.90 sekilogram, bantu orang ramai

Ada juga bahagian ayam seperti leher dijual pada harga RM2.99 sekilogram bagi membolehkan semua orang dapat makan ayam

6:00 PM MYT

 

KOTA BHARU – Memahami kesulitan orang ramai terutama dalam berdepan musim banjir, sebuah syarikat pembekal ayam segar hari ini mengambil inisiatif menjual barangan keperluan itu pada harga Rahmah RM5.90 sekilogram.

Ketua Pengawai Eksekutif Ayam Putih Sdn Bhd Erra Emira Mohamed Zin berkata lebih 2,000 ekor ayam dijual pada program promosi syarikatnya bermula 9 pagi hingga 3 petang.

“Pada musim banjir ini, kami menerima banyak tempahan (ayam) termasuk daripada mangsa banjir di Pasir Mas dan Pasir Puteh yang terkesan dengan bencana itu pada 21 Nov lepas, dan ada juga daripada mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).

“Ada juga bahagian ayam seperti leher dijual pada harga RM2.99 sekilogram bagi membolehkan semua orang dapat makan ayam,” katanya kepada Bernama pada program ‘Jualan Ayam Segar Musim Boh’ di tapak kilangnya di Kota Seribong di sini hari ini.

Pengarah Ayam Putih Sdn Bhd Muhammad Darwis Ibrahim pula berkata sebelum ini pihaknya mengadakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah (B40) menerusi usaha sama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup serta kerajaan negeri.

Beliau berkata usaha membantu orang ramai tercetus selepas perniagaannya yang terjejas akibat COVID-19 berjaya dipulihkan.

“…perniagaan kami hampir jatuh (terjejas akibat COVID-19), tetapi berjaya dipulihkan semula. Sebab itu kami nekad untuk membantu orang lain terutama berkaitan jualan ayam.

“Selain program membantu mangsa banjir, kami turut mengadakan jualan murah di lokasi anjuran kerajaan negeri seperti di Jeli, Tanah Merah dan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu,” katanya.

Seorang pelanggan Nurul Huda Yahya, 35, berkata biarpun hujan lebat, dia sanggup datang seawal 8 pagi bagi mendapatkan bekalan ayam yang dijual pada harga jauh lebih murah berbanding pasar raya serta pasar basah.

Menurutnya walaupun seorang pelanggan hanya dibenarkan membeli dua ekor ayam sahaja, usaha itu mampu meringankan beban orang ramai. – 25 November, 2023

Topics

 

Hangat

Let Rukun Negara be our guide – Ravindran Raman Kutty

For those of you, dear Malaysians, who have forgotten our Rukun Negara, I would like to remind everyone of them… these words of gold were the basic tenets of national unity.

Set aside differences: follow T’ganu’s lead putting unity first on National Day

State governments led by the opposition should emulate the Terengganu government’s move to use the same National hari logo and theme as the federal government.

Elmina crash: SG experts fail to retrieve memory puck data, M’sia turns to US for help

Singapore authorities have been unable to retrieve data from the memory puck in the cockpit voice recorder recovered from the plane wreckage in Bandar Elmina, Shah Alam last minggu.

Related