Nabila Razali pilih tema Jawa di majlis resepsi keduanya

Rakaman video pendek yang memaparkan detik-detik pertemuan pertama mereka di Aquaria, KLCC turut ditayangkan

11:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Konsep Jawa menjadi pilihan penyanyi Nabila Razali dalam majlis resepsi kedua perkahwinannya yang berlangsung di Hotal Royale Chulan Damansara, malam ini.

Nabila yang kelihatan cantik mengenakan busana pengantin Jawa lengkap bersanggul bunga Melur telah diarak masuk menggunakan tandu untuk menyertai pasangan pengantin lelaki, Nik Iruwan Nik Izani yang menantinya di pelaminan.

Pasangan raja sehari ini telah dihiburkan dengan acara pembukaan tarian Kuda Kepang oleh sekumpulan penari kanak-kanak.

Beberapa rakan artis seperti Hael Husaini, Aisha Retno, Neeta Manis dan Lah Ahmad turut membuat persembahan istimewa dalam majlis resepsi tersebut.

Makanan tradisi masyarakat Jawa seperti Pecal, Soto Ayam dan hidangan utama, Nasi Ambeng telah disajikan.

Rakaman video pendek berdurasi 4 minit yang memaparkan detik-detik pertemuan pertama mereka di Aquaria, KLCC turut di ditayangkan kepada tetamu.

Turut dipaparkan adalah video rakaman pada majlis pernikahan mereka tempohari.

Nabila Razali dan Nik Iruwan Izani diraikan dalam majlis resepsi kedua malam ini – Gambar Scoop/Ellyna Ali, 26 November, 2023

Nabila turut melancarkam single terbaharunya, Hanya Kami yang mempunyai simboliknya percintaannya dengan Nik Iruwan.

Terdahulu, Nabila telah diijabkabulkan dengan ahli perniagaan, Nik Iruwan dalam sebuah satu majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup di Bukit Tinggi, Pahang pada tanggal 18 November lalu.

Hanya dengan sekali lafaz, Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, 31, sah bergelar isteri kepada tunangnya, Nik Iruwan, 38, kira-kira jam 10.11 pagi selepas selamat dinikahkan jurunikah, Ustaz Fawwaz.

Mengenakan busana pengantin rona putih sedondon, majlis pernikahan bertemakan “English Garden’ pasangan mempelai itu telah itu diadakan di Pusat Peranginan The Chateau Spa & Wellness di Bukit Tinggi.

Nabila menerima mas kahwin bernilai RM22.50, manakala wang hantaran dirahsiakan.

Majlis yang dikelolakan Terusik Event itu berlangsung secara sederhana dengan dihadiri kira-kira 250 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, rakan terdekat, VIP dan rakan niaga pengantin.

Penyanyi lagu Peluang Kedua itu turut mengundang beberapa rakan selebriti antaranya Hawa Rizwana, Amira Othman, Wany Hasrita, Ara Johari, Naim Daniel, Sissy Iman, Khai Bahar, Hael Husaini dan ramai lagi.

Nabila dan Nik Eruwan juga turut diraikan dalam satu majlis resepsi bertemakan Garden Party yang berlangsung pada sebelah petang di lokasi sama. – 26 November, 2023

Topics

 

Popular

Pembangkang minta tangguh perbincangan peruntukan Ahli Parlimen: Fadillah

Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin serta wakil parti pembangkang, telah meminta perbincangan berkaitan isu peruntukan ditangguhkan kepada minggu hadapan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof

Full trial for Sabah Law Society vs Putrajaya over state’s 40% grant

Federal Court dumps Attorney-General’s bid to stop the society’s judicial review against federal government over state’s revenue rights under the Malaysia Agreement 1963

Ipoh’s creative scene makes it to Unesco Creative Cities Network listing 

Perak’s capital city, Ipoh, can now boast of being the first city in Malaysia to have its media, arts, and music scene recognised by the United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation.

Related