Tiga sekeluarga cemas kereta dipijak gajah

Kereta Perodua Axia yang dipandu seorang lelaki itu dipijak selepas terlanggar seekor anak gajah

3:39 PM MYT

 

IPOH – Tiga sekeluarga berdepan detik cemas apabila kereta dinaiki mereka dipijak sekumpulan gajah di kilometer 55, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli sebelum Hentian Titiwangsa semalam.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, ketika kejadian kira-kira 7.35 malam itu, kereta jenis Perodua Axia yang dipandu sorang lelaki berusia 48 tahun dalam perjalanan dari arah Pulau Pinang menghala ke Jertih, Terengganu.

“Apabila sampai di lokasi yang berselekoh ke kiri, tiba-tiba pemandu tersebut ternampak sekumpulan enam ekor gajah berada di lorong menghala Jeli dan kemudiannya terlanggar seekor anak gajah.

“Selepas itu, kumpulan gajah berkenaan menghampiri lalu memijak kereta terbabit namun setelah anak gajah yang dilanggar bangun, kumpulan gajah beredar dalam keadaan hujan renyai-renyai dan berkabus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, akibat kejadian itu, kereta berkenaan mengalami kerosakan teruk di bahagian sisi kiri, hadapan dan belakang, manakala pemandu dan isterinya yang berusia 47 tahun dan anak mereka 23 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya berhati-hati semasa memandu melalui kawasan tersebut kerana kemungkinan bertemu kumpulan gajah. – 27 November, 2023

Topics

 

Hangat

Sexual assault against children up 21% in 2023: DoSM

1,389 cases reported last year, compared to 1,147 in 2022

Isu GISBH: ‘Jangan berlengah’ PM arah siasatan dan tindakan segera

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia adalah perkara penting melibatkan soal akidah umat Islam, penyalahgunaan kuasa serta agama dan penderaan kanak-kanak

Malaysia alu-alukan kerjasama telco, media bangunkan aplikasi AI: Fahmi

Fahmi berkata kerangka kawal selia teknologi AI yang mapan dan menyeluruh diperlukan bagi memastikan matlamat penggunaan teknologi AI dapat dicapai

Related