Pengguguran peruntukan GEG: Bukan tekanan industri tembakau, vape tapi isu perlembagaan

Hujah perlembagaan satu-satunya faktor di sebalik pengguguran peruntukan berkaitan GEG

6:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Nasihat Jabatan Peguam Negara (AGC) bahawa Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) yang tidak berperlembagaan, satu-satunya punca kerajaan menggugurkan klausa daripada RUU berkaitan yang disemak semula itu.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, tiada pertimbangan lain diambil kira bagi keputusan mengecualikan peruntukan berkaitan GEG daripada RUU tersebut yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

“Hujah perlembagaan (yang dibangkitkan oleh AGC). Itu satu-satunya faktor (di sebalik pengguguran peruntukan berkaitan GEG),” kata Zaliha ketika ditanya mengenai perkara itu oleh pemberita semasa taklimat media mengenai RUU itu di Parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika timbul dakwaan pihak tertentu, termasuk bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, bahawa pengecualian GEG daripada RUU itu disebabkan tekanan terhadap kerajaan daripada industri tembakau dan vape. – 28 November, 2023

BERITA LANJUT MENYUSUL

Topics

 

Hangat

Isu GISBH: ‘Jangan berlengah’ PM arah siasatan dan tindakan segera

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia adalah perkara penting melibatkan soal akidah umat Islam, penyalahgunaan kuasa serta agama dan penderaan kanak-kanak

Malaysia alu-alukan kerjasama telco, media bangunkan aplikasi AI: Fahmi

Fahmi berkata kerangka kawal selia teknologi AI yang mapan dan menyeluruh diperlukan bagi memastikan matlamat penggunaan teknologi AI dapat dicapai

Sexual assault against children up 21% in 2023: DoSM

1,389 cases reported last year, compared to 1,147 in 2022

Related