Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1701244871:33
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 200
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 140347
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 33
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:143:"Difahamkan kedua-dua lelaki itu mengalami kecederaan parah hampir di seluruh badan termasuk patah di beberapa bahagian akibat dihempap runtuhan";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Runtuhan gudang
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Dua pekerja pembinaan warga Bangladesh yang cedera dalam runtuhan struktur gudang logistik dalam pembinaan di Batu Maung, Bayan Lepas malam tadi dilaporkan dalam keadaan kritikal dan tidak sedar diri.
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 71
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1753409467";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:2;i:1;}}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1753564598";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:21;i:1;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 5
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1753564598
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

)
Runtuhan gudang: Dua pekerja Bangladesh kritikal, tidak sedarkan diri | Scoop

Runtuhan gudang: Dua pekerja Bangladesh kritikal, tidak sedarkan diri

Difahamkan kedua-dua lelaki itu mengalami kecederaan parah hampir di seluruh badan termasuk patah di beberapa bahagian akibat dihempap runtuhan

3:58 PM MYT

 

GEORGE TOWN – Dua pekerja pembinaan warga Bangladesh yang cedera dalam runtuhan struktur gudang logistik dalam pembinaan di Batu Maung, Bayan Lepas malam tadi dilaporkan dalam keadaan kritikal dan tidak sedar diri.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan negeri, Daniel Gooi berkata, dua lelaki berusia 20-an dan 30-an itu kini menerima rawatan lanjut di bawah pemantauan pasukan perubatan di Jabatan Ortopedik dan Pembedahan Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini.

“Berdasarkan maklumat daripada doktor di HPP, kedua-dua lelaki itu masih menerima rawatan lanjut dan rapi daripada pasukan perubatan di hospital,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Difahamkan kedua-dua lelaki itu mengalami kecederaan parah hampir di seluruh badan termasuk patah di beberapa bahagian akibat dihempap runtuhan.

Sementara itu, tinjauan Bernama di Jabatan Perubatan Forensik HPP mendapati beberapa individu warga Bangladesh berada di kawasan yang kini menempatkan tiga mayat mangsa runtuhan itu.

Beberapa warga Bangladesh kelihatan menunggu di hadapan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang bagi mendapatkan perkembangan terkini insiden runtuhan gudang logistik yang sedang dalam pembinaan di Batu Maung, Bayan Lepas – Gambar Bernama, 29 November, 2023

Seorang lelaki Foridul Subahan, 35, yang ditemui di HPP berkata, beliau mengetahui berita berhubung kejadian itu daripada rakannya yang bekerja di tapak pembinaan runtuhan itu, yang memberitahunya bahawa seorang daripada mangsa yang maut adalah dari kampung mereka di Bangladesh.

Foridul berkata, walaupun tidak mengenali mangsa, tetapi dia tetap hadir di Jabatan Perubatan Forensik HPP bagi mengetahui perkembangan atas semangat rakan senegara.

“Saya kerja di sini (Pulau Pinang) lebih 10 tahun dan bila kawan telefon beritahu kata ada rakan sekampung di Syadabas, Bangladesh yang bekerja di sini terlibat dalam kemalangan (runtuhan) dan meninggal dunia, saya terus datang ke hospital.

“Kami di sini (warga Bangladesh) walaupun tidak kenal satu sama lain tetapi jika ada kematian membabitkan orang Bangladesh, memang kami akan datang cuba membantu kerana ada di kalangan mereka tiada duit untuk bawa jenazah balik ke sana, jadi kami (di sini) bantu buat kutipan untuk bawa (jenazah) balik,” katanya.

Dalam kejadian yang dilapor pada 9.58 malam tadi, tiga pekerja pembinaan warga Bangladesh disahkan maut selepas gudang logistik yang dalam pembinaan itu runtuh.

Operasi mencari dan menyelamat masih dilakukan oleh pihak bomba dan penyelamat dibantu agensi lain termasuk polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi mengesan empat lagi mangsa yang dipercayai masih terperangkap dalam runtuhan itu. – 29 November, 2023

Topics

 

Hangat

Can Malaysians be more friendly? Country 24th in friendliness, welcome for expats

2024 ranking a slide from 15th spot in previous year, locals in Philippines, Indonesia and Thailand easier to befriend

No bad blood with BAM: James Chua to lead Czech Republic badminton team

Former Malaysia Open champion clarifies his resignation, citing career growth as he prepares to take on the head coach role in Europe next month

Raya rush: bus tickets for east coast states sold out, says Loke

More than 220,000 express bus tickets from a total of 330,000 have been sold at the Southern Integrated Terminal (TBS) for the coming Hari Raya Aidilfitri festivities, and tickets to the east coast states have been completely sold out, said Transport Minister Anthony Loke

Related