Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1701265193:33
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 177
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 140464
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 33
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:140:"Polis membebaskannya hari ini sementara menunggu keputusan lanjut daripada pejabat timbalan pendakwa raya selepas menyiapkan kertas siasatan";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => remaja 13 tahun
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang terbabit dalam kes cubaan samun pemandu e-hailing Isnin lalu, dibebaskan dengan jaminan polis.
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 90
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752576722";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:18;i:1;i:10;i:1;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1752576722
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Remaja 13 tahun samun pemandu e-hailing dibebaskan dengan jaminan polis | Scoop

Remaja 13 tahun samun pemandu e-hailing dibebaskan dengan jaminan polis

Polis membebaskannya hari ini sementara menunggu keputusan lanjut daripada pejabat timbalan pendakwa raya selepas menyiapkan kertas siasatan

7:54 PM MYT

 

SUNGAI PETANI – Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang terbabit dalam kes cubaan samun pemandu e-hailing Isnin lalu, dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Zaidy Che Hassan berkata, setakat ini siasatan kes itu telah selesai dan kertas siasatan akan diserahkan kepada pihak timbalan pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya.

“Siasatan membabitkan kes cubaan samun oleh seorang remaja lelaki berusia 13 tahun telah selesai dan remaja terbabit dibebaskan dengan jaminan polis…remaja terbabit direman selama sehari bagi membantu siasatan dan tempoh reman telah berakhir semalam.

“Kami membebaskannya hari ini sementara menunggu keputusan lanjut daripada pejabat timbalan pendakwa raya selepas menyiapkan kertas siasatan,” katanya ketika dihubungi media, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan remaja lelaki terbabit bertindak mengacukan pisau terhadap seorang pemandu e-hailing dalam cubaan samun di Taman Keladi dekat sini, kira-kira 6 petang, Isnin lalu.

Pemandu e-hailing yang juga warga emas berusia 65 tahun itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan sebaliknya bertindak menggigit tangan suspek dan merampas pisau tersebut sebelum remaja terbabit turun dari keretanya dan melarikan diri.

Tindakan remaja terbabit dirakam menerusi kamera ‘dashboard’ yang dipasang pada kereta pemandu e-hailing terbabit dan video berdurasi satu minit 32 saat itu tular di media sosial. – 29 November, 2023

Topics

 

Hangat

Mangsa sebak lihat rumah didiami seminggu musnah dalam kebakaran

Muhaidi Abd Rahman, 46, berkata rumah berkenaan baru didiami selama seminggu bersama isteri serta anak-anak sebelum ditimpa musibah itu

‘Let the drama begin’, Zarina Anjoulie kata duit ‘Papa’ untuk dia seorang sahaja

Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie mencetuskan tanda tanya apabila memuat naik fotonya bersama bekas tunang yang dikenali sebagai Datuk Seri Khazrul Alzey atau nama manjanya, 'Papa'

Google sekali lagi terbit data tidak tepat pertukaran nilai ringgit, dolar Amerika Syarikat

Bank Negara Malaysia (BNM) tegas menolak data tidak tepat mengenai kadar pertukaran mata wang yang sedang tersebar menerusi media sosial antara dolar Amerika Syarikat (AS$) dan ringgit Malaysia (RM) yang salah diterbitkan Google pada semalam

Related