MRL lakukan pemantauan rapi kerja terowong ECRL, elak kejadian tanah mendap

MRL turut meningkatkan kekerapan pengambilan bacaan ‘surface settlement marker’ bagi kerja pengorekan terowong yang melintasi lebuhraya pada masa hadapan

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) melaksanakan kajian lebih terperinci membabitkan sejarah guna tanah dan pembinaan di kawasan laluan kejadian tanah mendap di Kilometer (KM) 66.1 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, punca sebenar kejadian pada 25 Julai lalu itu masih lagi dalam siasatan dan pihak MRL yang menjalankan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) memandang serius perkara itu.

“Susulan kepada kejadian mendapan tersebut, pihak MRL dan China Communication Constructions Ltd (CCCC)-ECRL mengambil beberapa langkah segera bagi memastikan kejadian tidak berulang, termasuk melaksanakan kajian lebih terperinci di kawasan laluan seperti merujuk sejarah guna tanah dan pembinaan di kawasan terbabit.

“Selain itu, kajian dijalankan bagi mengenal pasti keadaan bawah tanah seperti Void Detection Survey (Ground Penetration Radar), menilai kembali kaedah pengukuhan tanah yang lebih bersesuaian bergantung kepada data diperolehi daripada siasatan bawah tanah.

“Malah, MRL turut meningkatkan kekerapan pengambilan bacaan ‘surface settlement marker’ bagi kerja pengorekan terowong yang melintasi lebuhraya pada masa hadapan,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, semalam.

Anthony Loke berkata, susulan kejadian mendapan tersebut, pihak MRL dan China Communication Constructions Ltd-ECRL mengambil beberapa langkah segera bagi memastikan kejadian tidak berulang – Gambar Scoop/Alif Omar, 30 November, 2023

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Young Syefura Othman (PH-Bentong) yang ingin mengetahui jaminan kerajaan bahawa pembinaan ECRL tidak akan menyebabkan kejadian tanah mendap seperti yang berlaku di KM 66.1 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.

Mengulas lanjut, Anthony berkata, ketika ini terdapat empat terowong yang akan melintasi Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak iaitu Terowong Bentong 2, Terowong Lubuk Mandi 1 dan terowong berkembar projek ECRL iaitu Terowong Genting.

“MRL dan CCCC-ECRL akan menjalankan pemantauan rapi serta berterusan sepanjang kerja-kerja terowong ini dijalankan bagi memastikan kejadian mendapan tanah tidak berulang,” katanya.

Beliau berkata, pembinaan ECRL melalui proses yang terperinci daripada peringkat reka bentuk sehinggalah ke pembinaan.

Katanya, semasa proses reka bentuk, Independent Checking Engineer (ICE) telah dilantik untuk memastikan reka bentuk yang dicadangkan memenuhi keperluan projek dan selamat.

“Manakala di peringkat pembinaan, Supervision Consultant (SC) akan memantau pembinaan yang dijalankan sepertimana yang direkabentuk dan juga memastikan keselamatan kaedah pembinaan.

“Di samping itu, reka bentuk yang dicadangkan juga akan dikemukakan kepada pihak Jabatan Teknikal yang berkenaan bagi memastikan mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan,” katanya. – 30 November, 2023

Topics

 

Hangat

Sambutan Hari Merdeka yang cukup luar biasa, PM zahir penghargaan pada semua

Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap semangat merdeka rakyat itu akan terus diperkukuh dan tersemat jitu di setiap sanubari segenap lapisan masyarakat.

National football legend Khalid Ali dies at 66

The Football Association of Malaysia (FAM) announced Khalid’s death in a Facebook post today, which said that he had been fighting lung cancer for nearly a year.

Liverpool crowned Premier League champs, match Man Utd’s record of 20 top titles

Historic win before Anfield crowd delivered by Mo Salah, affirmation for Arne Slot in his debut season with the Reds

Related