PM beri kerusi kepada Sanusi semasa mesyuarat pre-council

Ketika mesyuarat di Alor Setar MB Kedah itu tidak diberikan tempat untuk bersama dalam perbincangan, walaupun topik utama dibangkitkan adalah isu tanah yang terletak di bawah bidang kuasa negeri

5:26 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar hari ini menegaskan, pihaknya bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah memberikan pertimbangan khas kepada Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Ia susulan kenyataan Menteri Besar Kedah itu mengenai ketiadaan kerusi untuk beliau semasa mesyuarat pre-council bersama Perdana Menteri di Hotel Raia, Alor Setar.

Mesyuarat itu diadakan sebelum bermulanya lawatan kerja Perdana Menteri ke Sadao, Thailand pada 27 November lalu.

Perkara itu dibangkitkan Sanusi semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada 29 November lalu.

“Pihak kementerian ingin menjelaskan melalui surat bertarikh 25 November 2023 daripada kementerian ini kepada Ketua Setiausaha Sulit Menteri Besar Kedah, Menteri Besar Kedah dijemput menyertai program lawatan Perdana Menteri bersama Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam pada pukul 2.15 petang, 27 November 2023.

“Jemputan ini adalah berdasarkan kesesuaian penglibatan beliau di dalam program berkenaan.

“Menteri Besar Kedah tidak terlibat dalam mesyuarat pre-council bersama Perdana Menteri dan surat bertarikh 25 November 2023 tidak menyebut mengenai mesyuarat pre-council ini. Apabila Menteri Besar Kedah mengambil keputusan hadir ke mesyuarat pre-council ini, Perdana Menteri menyediakan kerusi untuk beliau,” kata kementerian itu menerusi kenyataan.

Menurut Kementerian Luar, Menteri Besar Kedah itu juga tidak terbabit dalam lawatan ke Sadao, Thailand.

“Tetapi bagi memenuhi permintaan beliau di saat akhir, Perdana Menteri bersetuju mengizinkan beliau menyertai delegasi rasmi Perdana Menteri. Kenyataan ini dibuat bagi menjelaskan keadaan sebenarnya, iaitu Kementerian Luar dan Perdana Menteri memberikan pertimbangan khas kepada Menteri Besar Kedah,” katanya.

Baru-baru ini, Muhammad Sanusi mendakwa, wujud permainan ‘Little Napoleon’ yang cuba mengeruhkan hubungannya bersama Perdana Menteri.

Dakwanya, kejadian terbaharu berlaku ketika beliau mengiringi Perdana Menteri yang dalam lawatan kerja ke Sadao, Thailand, namun beliau tidak menyalahkan Anwar dengan apa yang terjadi.

Sanusi berkata, ia kerana kejadian itu berlaku disebabkan permainan ‘Little Napoleon’ atau berpunca daripada pegawai lantikan politik di Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan Kementerian Luar.

Ujarnya, ketika mesyuarat di Alor Setar, beliau tidak diberikan tempat untuk bersama dalam perbincangan, walaupun mendapati topik utama dibangkitkan adalah berkaitan isu tanah yang terletak di bawah bidang kuasa negeri. – 1 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Set aside differences: follow T’ganu’s lead putting unity first on National Day

State governments led by the opposition should emulate the Terengganu government’s move to use the same National hari logo and theme as the federal government.

Elmina crash: SG experts fail to retrieve memory puck data, M’sia turns to US for help

Singapore authorities have been unable to retrieve data from the memory puck in the cockpit voice recorder recovered from the plane wreckage in Bandar Elmina, Shah Alam last minggu.

Fahmi defends MCMC enforcement actions against local website

Communications and Digital Minister Fahmi Fadzil has defended enforcement actions by the Malaysian Communications and Multimedia Commission against a local website.

Related