Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1701851619:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 128
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 142614
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:106:"Hakim memerintahkan warga emas itu menjalani hukumannya mulai 3 Disember 2006, iaitu dari tarikh tangkapan";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => hukuman mati diganti penjara
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Hakim memerintahkan warga emas itu menjalani hukumannya mulai 3 Disember 2006, iaitu dari tarikh tangkapan
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 54
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752925023";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:11;i:1;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 5
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1752925023
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Warga emas antara 9 banduan jalani hukuman mati, diganti penjara 30 tahun | Scoop

Warga emas antara 9 banduan jalani hukuman mati, diganti penjara 30 tahun

Hakim memerintahkan warga emas itu menjalani hukumannya mulai 3 Disember 2006, iaitu dari tarikh tangkapan

4:33 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Seorang bekas pengawal keselamatan berusia 76 tahun antara sembilan banduan yang dijatuhi hukuman mati terlepas daripada hukuman itu selepas hukuman tersebut digantikan kepada penjara seumur hidup selama 30 tahun oleh Mahkamah Persekutuan hari ini.

Panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat membenarkan permohonan semakan Jun Lam @ Chin See Kong mengikut Akta Semakan Hukuman mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023.

Hakim Tengku Maimun mengetepikan hukuman mati yang dijatuhkan ke atas Jun Lam dan menggantikannya dengan penjara seumur hidup selama 30 tahun. Beliau juga memerintahkannya menjalani hukuman itu mulai 3 Disember 2006, iaitu dari tarikh tangkapan.

Timbalan Pendakwa Raya Tetralina Ahmed Fauzi tidak membantah permohonan semakan itu.

Hakim lain yang turut bersidang, Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim, Hakim Besar Malaya Tan Sri Mohamad Zabidin Mohd Diah dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Abu Bakar Jais.

Jun Lam atau nama Islamnya Idris Chin Abdullah, telah dipenjarakan selama 17 tahun.

Pada 10 Oktober 2008, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman mati ke atasnya selepas mendapati dia bersalah mengedar ketamin seberat 1,558 gram di Pintu C11, Bangunan Satelit, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang pada 3 Disember 2006.

Mahkamah Rayuan menolak rayuannya pada 9 Januari 2012 dan Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan sama pada 20 Mac 2014. Dia diwakili peguam Abdul Rashid Ismail.

Sementara itu, lapan lagi banduan termasuk dua warga asing, hukuman mereka juga digantikan kepada hukuman penjara seumur hidup selama 30 tahun. Kesemua mereka diperintahkan menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkapan.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Yusaini Amir Abdul Karim, P. Sarulatha, Ng Siew Wee dan Tetralina tidak membantah permohonan itu.

Mereka ialah warganegara Ghana, Emmanuel Yaw Tieku, 60, warga Liberia, Nobies Weah Ezike, 52, Mohd Zaiham Mislan, 48, Mohamad Che Tam, 62, Faiz Khairudin, 53, Siew Yoke Keong, 56, Wong Hong, 68 dan Phung Geok Hoay, 70.

Mahkamah turut memerintahkan Mohd Zaiham disebat sebanyak 12 kali.

Kesemua mereka dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi berasingan atas kesalahan mengedar dadah. – 6 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

RM100 fine for cyberbullying: an inadequate penalty? – Farah Solhi 

As Esha’s death triggers public outrage, AGC should explain why Shalini Periasamy was charged under Section 14 of the Minor Offences Act instead of acts carrying heavier punishments

Anwar says UAE trip successful as RM40.6 bil in investments secured

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has described his visit to the United Arab Emirates as fruitful, successfully securing investment commitments amounting to RM40.6 billion.

Ahmad Dusuki demands Fahmi’s apology for mosque talk

Independent preacher Ahmad Dusuki Abd Rani is unfazed by the letter of demand sent to him today by Communications and Digital Minister Fahmi Fadzil, saying that he is ready to face the matter head-on.

Related