Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1701960008:33
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 211
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 143101
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 33
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:188:"Perdana Menteri berkata, kemiskinan antara isu asas yang perlu diselesaikan terlebih dahulu memandangkan masih ramai rakyat dibelenggu masalah itu dan termasuk dalam kategori miskin tegar ";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Anwar Ibrahim
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Kerajaan Perpaduan akan terus memberi tumpuan kepada pengurusan hal ehwal rakyat termasuk menoktahkan kemiskinan, menyelesaikan isu
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 49
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750988140";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:1;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750988140
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Isu kemiskinan rakyat, sekolah daif terus diberi tumpuan tahun depan: PM | Scoop

Isu kemiskinan rakyat, sekolah daif terus diberi tumpuan tahun depan: PM

Perdana Menteri berkata, kemiskinan antara isu asas yang perlu diselesaikan terlebih dahulu memandangkan masih ramai rakyat dibelenggu masalah itu dan termasuk dalam kategori miskin tegar

10:39 PM MYT

 

PENAMPANG – Kerajaan Perpaduan akan terus memberi tumpuan kepada pengurusan hal ehwal rakyat termasuk menoktahkan kemiskinan, menyelesaikan isu sekolah daif dan menyelaraskan gaji penjawat awam di seluruh negara, tahun depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemusatan tumpuan kepada aspek itu amat penting bagi memastikan rakyat, tanpa mengira latar belakang kaum dan agama, dapat menikmati hidup yang lebih selesa.

Beliau berkata, kemiskinan adalah antara isu asas yang perlu diselesaikan terlebih dahulu memandangkan masih ramai rakyat dibelenggu masalah itu dan termasuk dalam kategori miskin tegar.

“Alhamdulillah, sampai bulan Disember, kita hampir menyelesaikan masalah ini. Miskin masih ramai, tapi saya maksudkan miskin tegar. Kita selesaikan kerana muafakat dan kerjasama antara kementerian, pegawai di semua peringkat, kerajaan negeri, daerah dan mukim,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPPK) Peringkat Kebangsaan 2023 di Buhavan Square di sini, hari ini.

Bertemakan ‘Penjaja dan Peniaga Kecil Nadi Ekonomi Madani’ karnival itu dianjurkan sebagai tanda pengiktirafan kerajaan kepada komuniti penjaja dan peniaga kecil di negara ini.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, Menteri Kewangan Sabah Datuk Masidi Manjun, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, peluang anak-anak di negara ini termasuk di Sabah untuk mendapat pendidikan lebih baik perlu seiring dengan arus pembangunan dan transformasi digital dengan penyediaan infrastruktur sekolah yang lebih kondusif serta efisien.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di Labuan dalam Majlis Menyantuni Ketua Isi Rumah Miskin Tegar dan Majlis Amanat Bersama Wilayah Persekutuan Labuan hari ini – Gambar Pejabat Perdana Menteri, 7 Disember, 2023

“Tahun lalu, kita nak AI (Kecerdasan Buatan), kita nak perubahan, transformasi digital, kita nak peralihan tenaga, semua bunyinya hebat dan memukau, tetapi sekolah daif masih ada. Jadi, bagi peluang kepada anak-anak kita pergi sekolah selesa. Jangan ada sekolah dinding pecah, bumbung bocor dan tandas rosak,” katanya.

Selain memberi tumpuan untuk menaikkan gaji penjawat awam tahun depan, Perdana Menteri berkata, kerajaan turut melaksanakan Skim Gaji Progresif bagi menggalakkan syarikat-syarikat swasta menaikkan gaji kakitangan masing-masing.

Mengulas mengenai harga barang yang tinggi di Sabah dan Sarawak, Anwar berkata, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Pengerusi Majlis Pelaksanaan Tindakan Perjanjian Malaysia 1963 diminta untuk membentuk satu jawatankuasa bagi mengkaji isu itu.

Anwar turut memberi jaminan untuk menangani perkara itu dengan baik termasuk memberi suntikan peruntukan subsidi supaya boleh menurunkan harga barang tinggi seperti ayam dan beras terutama di Sabah.

Dalam pada itu, Anwar mengingatkan rakyat Sabah supaya tidak mendengar mana-mana ahli politik yang mengeluarkan hujah atau kenyataan tanpa fakta yang jelas.

“Jangan guna hujah orang politik. Orang politik kadang-kadang ikut sentimen untuk menarik sokongan rakyat bawah. Kadang-kadang kenyataan diputar belit,” katanya. – 7 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Pengusaha bas ekspres, berilah kami diskaun atau harga khas: Pelajar IPT

Para pelajar IPT berkata permintaan mereka wajar dipertimbangkan kerana mereka antara yang paling banyak menggunakan perkhidmatan bas ekspres

Related