Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1702019986:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 174
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 143317
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:160:"Abidin Abdullah, 50, didapati bersalah pada 11 Oktober 2021 terhadap tujuh pertuduhan melakukan serangan seksual fizikal ke atas budak lelaki berusia 12 tahun ";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1751002631";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:5;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1751002631
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Amang Seksual
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 56
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Amang seksual: Hukuman penjara 15 tahun, 14 sebatan terhadap bekas guru agama kekal | Scoop

Amang seksual: Hukuman penjara 15 tahun, 14 sebatan terhadap bekas guru agama kekal

Abidin Abdullah, 50, didapati bersalah pada 11 Oktober 2021 terhadap tujuh pertuduhan melakukan serangan seksual fizikal ke atas budak lelaki berusia 12 tahun

3:18 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 15 tahun dan 14 sebatan yang dikenakan ke atas bekas guru agama yang disabitkan dengan tujuh kesalahan melakukan serangan seksual fizikal ke atas pelajar darjah enam empat tahun lepas.

Rayuan Abidin Abdullah terhadap hukuman penjaranya telah dibatalkan oleh panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail selepas dia (Abidin) menarik balik rayuan itu.

Hakim Hadhariah, yang bersidang bersama Hakim Datuk Azman Abdullah dan Datuk Azmi Ariffin, berkata sabitan dan hukuman penjara terhadap Abidin kekal.

“Orang tua kena beri contoh yang baik kepada orang muda terutamanya kepada pelajar,” kata beliau.

Abidin, 50, didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen pada 11 Oktober 2021 terhadap tujuh pertuduhan sebagai seorang yang mempunyai hubungan amanah iaitu guru agama, telah melakukan serangan seksual fizikal ke atas budak lelaki berusia 12 tahun itu di Shah Alam , Selangor antara 21 September 2019 dan 5 Oktober, tahun yang sama.

Abidin dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan dua sebatan bagi setiap pertuduhan. Dia diperintahkan menjalani hukuman itu serentak dari tarikh dia ditangkap pada 7 Oktober 2019 yang bermakna dia akan menjalani hukuman penjara selama 15 tahun dan dikenakan 14 sebatan.

Mahkamah Sesyen turut memerintahkan Abidin menjalani kaunseling pemulihan selama 10 tahun mengikut Seksyen 26 (1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 serta pengawasan polis selama tiga tahun selepas selesai hukuman penjara.

Dia gagal dalam rayuannya di Mahkamah Tinggi pada 12 Ogos tahun lepas.

Peguam Mohamad Zaidan Daud yang mewakili Abidin pada mulanya memohon mahkamah mengurangkan hukuman penjara anak guamnya.

Hakim Azman bagaimanapun berkata mahkamah boleh memerintahkan supaya hukuman penjara 15 tahun itu berjalan berturut-turut yang bermakna hukuman penjara Abidin akan bertambah kerana kesalahan yang dilakukan Abidin adalah berasingan.

Selepas berbincang dengan anak guamnya, Mohamad Zaidan memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya ingin menarik balik rayuannya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Solehah Noratikah Ismail. – 8 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related