Wanita disimen dalam kolah kekasih suspek utama, Mandeep Singh: Polis

Mangsa warga India berusia 30-an, menetap di rumah tersebut bersama Mandeep Singh yang kini sedang diburu polis

5:46 PM MYT

 

SHAH ALAM – Polis Selangor hari ini mengesahkan wanita yang disimen dalam kolah sebuah rumah di Kampung Pendamar, Klang pada minggu lalu merupakan kekasih suspek utama iaitu Mandeep Singh, seorang warga India.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, mangsa yang juga dikenal pasti sebagai warga India berusia 30-an, menetap di rumah tersebut bersama Mandeep Singh yang kini sedang diburu polis.

“Wanita yang berketinggian 160 sentimeter itu, dipercayai telah dibunuh sebelum disimen di lokasi tersebut. kita masih siasat berkaitan itu.

“Butiran suspek (Mandeep) telah diketahui dan waran tangkap akan diperolehi. Pihak polis juga akan minta bantuan Pesuruhjaya Tinggi India dan pihak polis negara itu untuk mengesan dan tangkap suspek ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Hussein berkata, setakat ini pihak polis telah merekodkan keterangan daripada 10 individu.

Pada 4 Disember lalu, polis mengesahkan penemuan mayat dalam keadaan disimen dalam sebuah kolah di sebuah rumah di Kampung Pendamar dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Polis juga sedang mengesan dua lelaki warga asing iaitu Ranjit Singh dan Mandeep Singh yang merupakan penyewa di rumah berkenaan. – 9 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Related