Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1702124454:33
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 285
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 33
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 143852
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => langgar
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Polis menahan seorang pemandu kereta yang dipercayai mengugut dan melanggar penunggang motosikal dalam kejadian di stesen minyak
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 56
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750984441";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:0;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750984441
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:123:"Kejadian itu berlaku selepas penunggang motosikal terbabit menegur pemandu berkenaan yang memotong tanpa memberikan isyarat";}
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Ugut, langgar penunggang motosikal, akhirnya pemandu kereta ditahan | Scoop

Ugut, langgar penunggang motosikal, akhirnya pemandu kereta ditahan

Kejadian itu berlaku selepas penunggang motosikal terbabit menegur pemandu berkenaan yang memotong tanpa memberikan isyarat

8:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang pemandu kereta yang dipercayai mengugut dan melanggar penunggang motosikal dalam kejadian di stesen minyak di Tasek Gelugor, Kepala Batas, Pulau Pinang, semalam.

Ketua Polis Seberang Perai Utara, Mohd Asri Shafie berkata, lelaki berumur 29 tahun yang menganggur itu, ditahan di sekitar Tasek Gelugor petang tadi.

“Suspek ditahan pada kira-kira jam 2 petang susulan hasil risikan polis dan maklumat awam.

“Dia akan direman untuk siasatan lanjut berhubung kes terbabit. Kes disiasat di bawah Seksyen 427 dan 506 Kanun Keseksaan,” katanya.

Terdahulu, tular video berdurasi kira-kira 27 saat memaparkan seorang pemandu bertindak melanggar penunggang motosikal, sebelum mengundur dan melanggarnya sekali lagi.

Hasil siasatan polis mendapati, kejadian itu berlaku selepas penunggang motosikal terbabit menegur pemandu berkenaan yang memotong tanpa memberikan isyarat.

Teguran itu menyebabkan pemandu terbabit tidak berpuas hati dan bertindak melampaui batas dengan mengugut dan melanggar mangsa.

Media melaporkan, akibat tindakan itu, mangsa mengalami kecederaan di kaki kanan, manakala motosikalnya rosak.

Sebelum itu, selepas ditegur, pemandu terbabit didakwa keluar daripada kenderaannya dengan memegang sebatang besi, namun sebaik mangsa memberitahu dia merakam video kejadian, suspek terus masuk ke kereta dan kemudian melanggarnya.

Dalam kenyataannya sebelum ini, Asri memaklumkan, sekiranya disabitkan kesalahan khianat, pelaku boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Manakala bagi kesalahan ugutan jenayah, memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya,” katanya.

Asri berkata, siasatan kes itu dikendalikan Inspektor Lee Howe Chong.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian itu, boleh menghubungi balai polis terdekat atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes menerusi talian 016-5989576,” katanya. – 9 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Pengusaha bas ekspres, berilah kami diskaun atau harga khas: Pelajar IPT

Para pelajar IPT berkata permintaan mereka wajar dipertimbangkan kerana mereka antara yang paling banyak menggunakan perkhidmatan bas ekspres

Related