Abang, mommy cuba kuat ya abang: Ibu Zayn Rayyan

Ismaniza berkongsi tiga keping gambar bersama anaknya dengan kata-kata menyentuh emosi

1:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ismanira Abdul Manaf, 28, ibu kepada kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, berkongsi tiga keping gambar bersama anak sulungnya itu di Instagram dengan kata-kata menyentuh emosi.

“Abang, mommy cuba kuat ya abang,” tulisnya di Instagram sebelum diakhiri dengan emoji berbentuk hati.

Kata-kata itu jelas menggambarkan perasaan sedih Ismanira atas kehilangan Zayn Rayyan.

Perkongsian Ismanira turut menyentuh perasaan pengguna Instagram yang memintanya supaya terus kuat dan tabah menghadapi kehilangan anak tersayang.

“Semoga mommy terus tabah dan kuat ya. Semoga keadilan buat arwah anak syurga. Cepat-cepatlah dapat ditangkap pelakunya dan dapat hukuman setimpal,” kata Ainaaira.

“Puan dah jaga dan buat yang terbaik untuk anak puan. InsyaAllah dia dijaga elok disana pula,” kata Sharinabintisharan.

“Satu Malaysia terasa sayang dengan anak puan macam anak sendiri. Faham peritnya macam mana,” kata Solehahjamil.

“Isma… kuat ye. Adik Zayn tunggu Isma dan famili kat sana InsyaAllah. Semoga urusan dipermudahkan dan adik Zayn mendapat keadilan,” kata Mirazulkiflie.

Semalam, Ismanira turut berkongsi sekeping gambar dengan pesanan meruntun jiwa buat ‘anak syurga’ itu supaya menunggunya di sana.

“Jumpa lagi ya abang. tunggu mommy tau abang. Mommy rindu sangat nak peluk cium dan gomol abang. Abang tetap anak sulung mommy sampai bila-bila tiada ganti.

“Maafkan mommy jika banyak kekurangan sepanjang membesarkan abang,” katanya.

Terdahulu, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di saliran air kira-kira 200 meter dari Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, kira-kira jam 10 malam, Rabu lalu, selepas dilaporkan hilang lebih 30 jam.

Mangsa kemudian disahkan mati dibunuh.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kematian Zayn Rayyan diklasifikasi sebagai kes bunuh selepas bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak itu. – 10 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Mat Sabu says rice supply can last four to five months

There is sufficient rice supply to cover the country’s domestic needs for the next four to five months, said Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu.

No leak, just a list: MoE on SPM 2024 History paper scandal

Ministry clears up allegations of leaked exam paper after screenshot of chat goes viral

Sexual assault against children up 21% in 2023: DoSM

1,389 cases reported last year, compared to 1,147 in 2022

Related