Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1702354531:31
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 144702
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 31
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:62:"Ini berdasarkan prestasi memuaskan, tiada tekanan atau masalah";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan barisan Kabinet baharu diumumkan hari ini akan kekal tanpa perlu dilakukan perubahan untuk empat tahun akan datang.
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 270
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1753098461";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:11;i:1;}}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1753209706";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:18;i:1;}}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1753274090";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:12;i:1;}}i:3;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752759256";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:13;i:1;}}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1753274090
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

)
PM yakin barisan Kabinet baharu kekal untuk empat tahun  | Scoop

PM yakin barisan Kabinet baharu kekal untuk empat tahun 

Ini berdasarkan prestasi memuaskan, tiada tekanan atau masalah

12:01 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan barisan Kabinet baharu diumumkan hari ini akan kekal tanpa perlu dilakukan perubahan untuk empat tahun akan datang.

Perdana Menteri berkata, barisan itu akan kekal berdasarkan prestasi yang memuaskan dan tiada tekanan atau masalah baharu.

“Saya harap Insya-Allah keadaan prestasi baik memuaskan dan tidak ada tekanan atau masalah baru seperti isu transformasi digital.

“Saya tidak fikir harus ada apa-apa perubahan empat tahun akan datang,” katanya pada sidang akhbar selepas pengumuman barisan Kabinet baharu hari ini.

Pengumuman itu menyaksikan jumlah ahli Jemaah Menteri meningkat daripada 28 kepada 31 orang manakala timbalan menteri daripada 27 kepada 29 orang.

Selain itu Perdana Menteri berkata, rombakan dilakukan bagi membawa sedikit penyesuaian keadaan diperlukan selepas tugas yang baik disempurnakan sebaik mungkin memasuki setahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Beliau berkata, perbincangan turut dilakukan bersama ketua parti dalam Kerajaan Perpaduan dan komponen Pakatan Harapan dan seterusnya membuat beberapa cadangan dan mempersembah bagi perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Keadaan juga berubah seiring perubahan dari segi perkembangan ekonomi, permasalahan rakyat termasuk kos sara hidup mesti ditangani dengan baik dan penerimaan Malaysia di peringkat antarabangsa.

“Isu pendidikan, pendidikan tinggi terutama dalam urusan meneroka bidang baharu seperti kecerdasan buatan (AI), transformasi digital menyebabkan saya memikir semula, membuat sedikit sebanyak penyesuaian, sesuai keadaan dan tuntutan semasa,” katanya. – 12 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Without us, there’s no M’sia: Sabah MP fumes over claimed accent discrimination

A Sabah MP pointed out that the recent incident involving a Sabahan food delivery rider and another man was an example of how youths from the state are facing alleged discrimination.

Another judge recuses self from Najib’s appeal against ex-AG Tommy Thomas

Husband of Court of Appeal judge previously worked for PwC and was involved in asset recovery and debt management for 1MDB

Mengapa bil elektrik melonjak naik? Ini sebabnya…

Sejak bermulanya pandemik Covid-19, industri tenaga di seluruh dunia berdepan dengan cabaran satu demi satu gangguan dan juga krisis. 

Related