Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1702362982:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 328
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 144753
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 20
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-114972
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-114972
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:78:"Scoop difahamkan air anak sungai berdekatan Apartmen Idaman akan dipam keluar ";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Dua pegawai Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor dilihat meninjau kawasan aliran anak sungai berdekatan Apartmen Idaman, Damansara Damai, lokasi kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin ditemukan meninggal dunia pada 6 Disember lalu.
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1751041284";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:16;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1751041284
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
JPS Selangor, bomba tinjau kawasan aliran anak sungai lokasi mayat Zayn Rayyan ditemukan | Scoop

JPS Selangor, bomba tinjau kawasan aliran anak sungai lokasi mayat Zayn Rayyan ditemukan

Scoop difahamkan air anak sungai berdekatan Apartmen Idaman akan dipam keluar

2:35 PM MYT

 

PETALING JAYA – Dua pegawai Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor dilihat meninjau kawasan aliran anak sungai berdekatan Apartmen Idaman, Damansara Damai, lokasi kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin ditemukan meninggal dunia pada 6 Disember lalu.

Bagaimanapun pegawai berkenaan enggan menjawab sebarang persoalan media.

Scoop difahamkan, JPS bersama pihak bomba akan mengepam keluar air dari anak sungai tersebut.

Selain itu sebuah jentera bomba berada di luar kawasan Apartmen Indah, bersebelahan dengan Apartmen Idaman.

Lewat petang semalam, sepasukan anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia kembali semula ke lokasi penemuan mayat kanak-kanak tersebut.

Pasukan yang terdiri daripada enam anggota itu tiba pada pukul 6.33 petang bagi meneruskan siasatan dan mencari bukti baharu di lokasi terbabit.

Bagaimanapun sekumpulan petugas media yang membuat liputan, dihalang berada berhampiran lokasi dipercayai bagi tidak mengganggu proses siasatan dijalankan.

Terdahulu, kanak-kanak autisme itu disedari hilang sejak pukul 12.30 tengah hari Selasa lalu, sebelum ibunya membuat hebahan di media sosial dan laporan polis.

Usaha pencarian dijalankan polis dengan dibantu anggota bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan anjing pengesan Unit K9, membabitkan kawasan belukar dan longkang berhampiran dalam radius kira-kira 300 meter.

Dia kemudian ditemui tidak bernyawa sehari kemudian di kawasan anak sungai, berhampiran kediamannya.

Menurut kenyataan polis, sungai berkenaan terletak kira-kira 100 meter dari kawasan rumah kanak-kanak itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, pada sidang akhbar berkata Zayn Rayyan dipercayai dibunuh di tempat lain, bukan di lokasi mayatnya ditemukan.

Susulan penemuan itu, polis giat menjalankan siasatan terperinci bagi memburu suspek menerusi pelbagai kaedah.

Kes terbabit turut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – 12 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related