Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1702551204:33
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 145614
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 33
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-111673
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-111673
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:84:"Menurut Siti, anak sulungnya itu turut memahami situasi yang menimpa rakyat Palestin";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 603
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Siti Nurhaliza
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Walaupun anak sulungnya baru berusia lima tahun, namun penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan, Siti Aafiyah sudah tahu
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 265
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1753253885";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:6;i:1;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1753253885
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Bukan setakat hafal Qunut Nazilah, Aafiyah pun tahu tentang produk berkaitan Israel: Siti Nurhaliza | Scoop

Bukan setakat hafal Qunut Nazilah, Aafiyah pun tahu tentang produk berkaitan Israel: Siti Nurhaliza

Menurut Siti, anak sulungnya itu turut memahami situasi yang menimpa rakyat Palestin

6:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Walaupun anak sulungnya baru berusia lima tahun, namun penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan, Siti Aafiyah sudah tahu mengenai produk-produk yang ada kaitan dengan Israel.

Malah menurut Siti, tatkala Aafiyah melihat produk-produk tersebut, anaknya itu dengan sendiri akan mengungkapnya secara spontan.

“Contohnya kalau dia nampak jenama minuman yang ada kaitan dengan Israel, dia akan cakap ibu ini Israel. Dia tahu mana yang boleh beli mana yang tidak.

“Perkara ini lebih mudah melekat dalam minda budak-budak,” katanya ketika ditemui pada majlis ukhuwah dan apresiasi serta pelancaran kempen jihad Yayasan Nurjiwa.

Kata Siti, Aafiyah juga memahami konflik peperangan yang berterusan di Gaza ketika ini.

“Dia faham apa yang berlaku. Bila dia tengok saya menangis, dia akan tanya kenapa ibu menangis? Ibu kasihan pasal Gaza ke?

“Kita kena cerita kepada anak kita. Kita kena beritahu kenapa kita bantu Gaza. Di sekolah pun mereka ada ajar dia bacaan Qunut Nazilah.

“Saya pun ‘malu’ dengan Aafiyah apabila dia pun sudah boleh hafal Qunut Nazilah,” ujarnya.

Sementara itu, mengulas mengenai majlis pelancaran kempen jihad Yayasan Nurjiwa, Siti memanjatkan kesyukuran kerana berjaya melancarkan kempen tabung sedekah subuh Yayasan Nurjiwa.

“Tabung sedekah subuh ini antara misi Yayasan Nurjiwa untuk memberi galakan kepada kita semua bersedekah dan juga menyumbang kembali kepada mereka yang memerlukan. Alhamdulillah, 1,000 tabung fasa pertama telah diedarkan.

“Menerusi tabung yang telah kami edarkan kepada tetamu serta pihak masjid, surau dan individu, sumbangan tidak hanya difokuskan kepada Yayasan Nurjiwa, namun anda boleh menyalurkan kepada mana-mana pihak yang diinginkan. Kepada masjid, asnaf, anak yatim dan sebagainya,” kongsinya.

Sumbangan tabung sedekah subuh itu juga boleh dikembalikan ke akaun Yayasan Nurjiwa, Maybank 514486106455.

Tabung ini juga akan ditambah jumlah edarannya dan orang ramai boleh berhubung menerusi e-mel ke general@nurjiwafoundation.org bagi mendapatkan tabung tersebut. – 14 Disember, 2023

Topics

 

Popular

Women Ministry plans to set up e-filing system for lodging sexual harassment reports

The Women, Family and Community Development Ministry intends to develop an e-filing system to enable more victims of sexual harassment outside Putrajaya to lodge complaints with the Anti-Sexual Harassment Tribunal

Kelantan to make halal certification mandatory for all F&B businesses

The new mandatory condition is being implemented by the Kota Bharu council first

‘More imports in M-League teams scuppers local players’ chances of playing for Malaysia’

The decision of the Malaysian Football League (MFL) to allow teams to start a match with six imported players for the 2024-2025 M-League season is seen to be detrimental to local players.

Related