Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1702731181:22
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 285
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 146380
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:110:"Langkah itu bagi membolehkan pendakwaan berhubung kes kemalangan itu dilakukan di mahkamah dalam masa terdekat";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => langgar
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata langkah itu bagi membolehkan pendakwaan berhubung kes kemalangan itu dilakukan
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 50
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1753488672";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:0;i:1;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 5
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1753488672
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Kes langgar pelajar: Polis segerakan kertas siasatan, dapatkan rakaman dashcam | Scoop

Kes langgar pelajar: Polis segerakan kertas siasatan, dapatkan rakaman dashcam

Langkah itu bagi membolehkan pendakwaan berhubung kes kemalangan itu dilakukan di mahkamah dalam masa terdekat

8:52 PM MYT

 

IPOH – Polis akan melengkapkan kertas siasatan dalam kadar segera terhadap seorang pegawai kanan polis yang disyaki terbabit dalam kes kemalangan pelajar lelaki yang maut dilanggar sebuah kereta berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru, di sini, semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata langkah itu bagi membolehkan pendakwaan berhubung kes kemalangan itu dilakukan di mahkamah dalam masa terdekat.

“Suspek direman tiga hari bermula hari ini. Kita akan melengkapkan siasatan secepat mungkin untuk diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat keluarga mangsa di Taman Chepor Sentosa di sini, hari ini.

Mohd Yusri berkata pihaknya sedang meneliti rakaman litar tertutup yang ada di sekitar kawasan kemalangan serta mendapatkan rakaman daripada pemilik kamera papan pemuka (dashcam).

“Semuanya masih dalam siasatan. Kita akan menyiasat daripada pelbagai sudut dan tidak akan sekali-kali berkompromi atau melindungi mana-mana pihak dan kita menjalankan siasatan secara telus untuk memberi keadilan kepada semua pihak, ” katanya.

Semalam,  Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan itu pada 12.40 tengah hari tadi melibatkan kereta Perodua Ativa yang dipandu suspek berusia 44 tahun serta motosikal jenis Yamaha yang ditunggang pelajar tersebut.

Mangsa Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala lelaki berpangkat Deputi Superintenden (DSP) dan bertugas Ibu Pejabat Poilis Kontinjen (IPK) Kedah tidak mengalami sebarang kecederaan.

Yahaya berkata hasil bedah siasat ke atas mayat yang dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini mendapati punca kematian disebabkan kecederaan di bahagian dada dan abdomen akibat daripada kemalangan jalan raya.

Tular hantaran oleh orang awam di media sosial mengenai kejadian berhampiran sekolah SMK Jati, di Meru memaparkan gambar pelajar lelaki berkenaan yang cedera didakwa dilanggar sebuah kereta.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh turut melawat keluarga mangsa dengan memberi  kata-kata semangat serta turut menyumbangkan sumbangan peribadi kepada wakil keluarga mangsa.

Dalam lawatan berkenaan bapa mangsa, Muhd Zamrie Zainal Abidin,  55,  rebah semasa Mohd Yusri tiba di kediaman mangsa kira-kira jam 5 petang tadi.

Muhd Zamrie ditenangkan oleh Mohd Yusri serta orang sekeliling yang bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga berkenaan.

Muhd Zamrie serta beberapa ahli keluarga mangsa kelihatan gagal menahan emosi dengan menangis teresak-esak semasa menceritakan kembali detik kemalangan yang menimpa anak bongsunya itu kepada orang ramai antaranya kenalan dan saudara mara yang hadir memberi sokongan. – 16 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Malaysia’s economic turnaround under Anwar’s leadership – Benjamin Laker

Nation’s 10th prime minister inherits a huge challenge to revive the nation after a global pandemic and longstanding systemic issues

Suhakam’s grudge against death penalty should not be with the judiciary – Hafiz Hassan  

Human Rights Commission should direct their grievances to the legislature instead as the court ruled according to the law

No bad blood with BAM: James Chua to lead Czech Republic badminton team

Former Malaysia Open champion clarifies his resignation, citing career growth as he prepares to take on the head coach role in Europe next month

Related