Kes pelajar tingkatan 5 maut dilanggar, 22 saksi sudah beri keterangan

Selain 14 saksi, polis turut merakam keterangan lapan lagi individu berkait kes ini, menjadikan keseluruhan 22 saksi

5:51 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seramai 22 saksi telah memberikan keterangan kepada polis bagi membantu siasatan kes kematian seorang pelajar tingkatan 5, Muhammad Zaharif Affendi yang didakwa dilanggar oleh seorang pegawai kanan polis berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru, Ipoh.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan, 14 saksi tampil untuk membantu siasatan terdiri daripada pelajar serta orang awam dan keterangan mereka dirakamkan di bawah Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah.

“Selain 14 saksi itu, polis turut merakam keterangan lapan lagi individu berkait kes ini, menjadikan keseluruhan 22 saksi sudah diambil keterangan sehingga kini,” katanya kepada Berita Harian.

Dalam pada itu, Mohd Yusri ketika ditanya sama ada pegawai kanan berusia 44 tahun itu akan dituduh selepas tempoh tahanan reman tamat esok bagaimanapun berkata: “Kita tunggu sahaja esok.

Kelmarin, Zaharif yang juga calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) SMK Jati, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas motosikalnya dikejar dan dilanggar dari belakang oleh kereta dipandu suspek.

Difahamkan, kejadian berlaku selepas pemandu terbabit tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa membuat bunyi bising ekzos ketika perjalanan pulang dari sekolah dengan menunggang motosikal jenis Yamaha.

Dikatakan, ketidakpuasan hati itu mendorong pemandu berkenaan mengejar motosikal ditunggang remaja terbabit.

Berikutan itu, suspek telah ditahan reman selama tiga hari mulai semalam.

Suspek berpangkat deputi superintendan (DSP) yang bertugas sebagai Pegawai Turus Bahagian Siasatan Jenayah Berat, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 di samping Seksyen 302 Kanun Keseksaan (membunuh). – 17 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Pembangkang minta tangguh perbincangan peruntukan Ahli Parlimen: Fadillah

Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin serta wakil parti pembangkang, telah meminta perbincangan berkaitan isu peruntukan ditangguhkan kepada minggu hadapan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof

Ipoh’s creative scene makes it to Unesco Creative Cities Network listing 

Perak’s capital city, Ipoh, can now boast of being the first city in Malaysia to have its media, arts, and music scene recognised by the United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation.

Full trial for Sabah Law Society vs Putrajaya over state’s 40% grant

Federal Court dumps Attorney-General’s bid to stop the society’s judicial review against federal government over state’s revenue rights under the Malaysia Agreement 1963

Related