Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1702887882:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 160
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 147002
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:82:"Wawancara itu disiarkan di Nikkei Asia yang merupakan penerbitan utama Nikkei, Inc";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Azec
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menekankan mengenai sikap hipokrasi dalam menangani krisis di Gaza oleh negara-negara
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 51
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748851265";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:8;i:1;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748433645";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:12;i:2;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 0
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1748851265
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Anwar berkongsi pandangan mengenai hipokrasi dalam krisis Gaza dan isu Asean | Scoop

Anwar berkongsi pandangan mengenai hipokrasi dalam krisis Gaza dan isu Asean

Wawancara itu disiarkan di Nikkei Asia yang merupakan penerbitan utama Nikkei, Inc

4:22 PM MYT

 

TOKYO – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menekankan mengenai sikap hipokrasi dalam menangani krisis di Gaza oleh negara-negara yang kononnya memperjuangkan demokrasi dan hak asasi manusia. 

Anwar berkongsi pandangan itu dalam wawancara eksklusif dengan kumpulan media utama Jepun, The Nikkei yang dikendalikan oleh wartawan Norman Goh di luar Sidang Kemuncak Peringatan Asean-Jepun pada Ahad. 

Wawancara itu disiarkan di Nikkei Asia yang merupakan penerbitan utama Nikkei, Inc. dan akhbar kewangan terbesar di dunia.

“Saya muak dengan hipokrasi ini. Ini bukan politik. Ini adalah isu kemanusiaan. Saya boleh katakan bahawa hipokrasi sedemikian (berlaku) di banyak negara yang kononnya mempromosikan demokrasi dan hak asasi manusia,” katanya.

Menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza, konflik terkini yang bermula pada 7 Okt lepas itu telah mengakibatkan kematian kira-kira 19,000 penduduk Palestin manakala lebih 50,000 lagi cedera. 

Perjanjian gencatan senjata yang berkekalan sukar dicapai apabila Amerika Syarikat menolak resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Gaza yang menggesa “gencatan senjata kemanusiaan segera.”

Anwar berkata isu kemanusiaan turut dialami di negara anggota Asean, terutamanya berkaitan dengan pelanggaran hak asasi manusia di Myanmar selepas rampasan kuasa tentera pada Februari 2021.

Beliau menekankan mengenai usaha yang dijalankan oleh Asean menerusi konsensus lima perkara untuk mencari penyelesaian terhadap isu di Myanmar.

Mengulas mengenai ketegangan di Laut China Selatan dengan beberapa negara anggota Asean, termasuk Malaysia yang terlibat dalam tuntutan wilayah yang bertindih dengan China, Anwar menekankan mengenai perlunya untuk mengelakkan persengketaan dan mengekalkan hubungan yang baik dengan China.

“Tidak sewajarnya sesebuah negara membuat keputusan sepihak mengenai kedaulatan dan integriti wilayah. Dan kita sepatutnya berunding bersama dalam kalangan Asean atau secara dua hala,” katanya, lapor Nikkei Asia.

Berkenaan dengan konflik China-AS, Anwar berkata memihak kepada mana-mana pihak tidak akan memberi manfaat kepada Malaysia dan rantau ini seharusnya kekal sebagai zon yang aman.

Pendirian Malaysia adalah untuk menjadi rakan dan berinteraksi dengan semua pihak tanpa dilihat sebagai alat kepada mana-mana negara. – 18 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

SPM 2023 results out on May 27: MoE

Candidates can obtain results from respective schools starting 10am on announced date

Terengganu MB reveals state exco portfolios

Terengganu Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar today announced the list of 11 portfolios for the state executive councillors, including a representative from Bersatu.

Lapor MCMC jika gambar, video anak dijadikan kandungan tanpa kebenaran

Ibu bapa dan penjaga kanak-kanak diminta membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sekiranya rakaman gambar dan video anak-anak mereka dijadikan kandungan media sosial oleh mana-mana pihak tanpa kebenaran.

Related