Pekarangan Apartment Idaman tidak semeriah dulu: Penduduk

Kebanyakan ibu bapa tidak lagi membenarkan anak-anak mereka bermain di luar rumah sejak insiden tragis itu berlaku

7:27 PM MYT

 

PETALING JAYA – Jika dahulu pekarangan Apartment Idaman, Damansara Damai di sini khususnya kawasan taman permainan, pastinya meriah dan riuh-rendah dengan suara kanak-kanak apabila musim cuti sekolah tetapi kini ia menjadi sunyi sepi sejak timbul kes pembunuhan Zayn Rayyan Abdul Matiin, 5 Dis lepas.  

Tinjauan Bernama mendapati bukan sahaja kawasan taman permainan, tempat parkir kenderaan, kaki lima dan anak tangga di semua blok di sini kelihatan lengang, tidak seperti kebiasannya yang meriah dengan kelibat kanak-kanak kanak-kanak bermain di situ. 

Menurut salah seorang penduduk di sini yang juga merupakan penolong perubatan di klinik berdekatan, Wan Hakim Abdul Aziz, 28, kebanyakan ibu bapa tidak lagi membenarkan anak-anak mereka bermain di luar rumah sejak insiden tragis itu berlaku.

“Semua blok sekarang sunyi, tapi yang paling sunyi blok ini (blok R) sebab di sini biasanya paling meriah,” katanya.

Sementara itu, pengasuh, Rahmah Resap, 52, berkata sejak berlakunya kejadian yang menimpa adik Zayn Rayyan, sudah tiada kanak-kanak yang melepak sampai malam di apartment ini serta tiada juga kanak-kanak yang bermain buaian di taman permainan.

“Selain itu, saya perasan jika ibu bapa membawa anak mereka ke kedai berhampiran, mereka akan pastikan anak mereka berjalan di hadapan. Kalau dulu, tidak kesah pun anak berjalan di belakang,” katanya.

Berkongsi pandangan sama, penduduk di blok bertentangan lokasi kejadian Mohd Helmi Abdullah ,59, berkata sebelum ini apabila tiba musim cuti sekolah, memang taman permainan ini menjadi tumpuan kanak-kanak di sini.

“Sunyi, sekarang tak ada siapa yang bagi anak keluar, sebelum ini kalau cuti sekolah meriah dengan kanak-kanak bermain,” katanya.

Penyiasatan kes pembunuhan Zayn Rayyan yang memasuki hari ke-12 hari ini berjalan seperti biasa dengan kehadiran sepasukan anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 12.45 tengah hari. 

Pihak polis juga dilihat beredar keluar dari lokasi kejadian kira-kira pada pukul 2.20 tengah hari, dua jam selepas meneruskan proses penyiasatan di lokasi kejadian.

Kanak-kanak berusia enam tahun itu dilaporkan hilang pada 5 Dis lepas di Damansara Damai, sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman, pada keesokannya. – 18 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Dominic Lau to lodge police report over Twitter hack

Gerakan president Datuk Dominic Lau will be lodging a police report over the ostensible hack of his Twitter account.

Let Rukun Negara be our guide – Ravindran Raman Kutty

For those of you, dear Malaysians, who have forgotten our Rukun Negara, I would like to remind everyone of them… these words of gold were the basic tenets of national unity.

Elmina crash: SG experts fail to retrieve memory puck data, M’sia turns to US for help

Singapore authorities have been unable to retrieve data from the memory puck in the cockpit voice recorder recovered from the plane wreckage in Bandar Elmina, Shah Alam last minggu.

Related