Bebaskan diri daripada permusuhan kaum, agama yang jejaskan perpaduan: PM

Peralihan itu diperlukan untuk memastikan negara mencapai kemajuan yang ketara

12:16 AM MYT

 

TOKYO – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rakyat Malaysia harus mengubah minda dan membebaskan diri mereka daripada permusuhan kaum dan agama yang menjejaskan perpaduan.

Bercakap pada majlis minum petang semasa lawatan rasminya ke Jepun, Perdana Menteri memberitahu diaspora Malaysia yang hadir bahawa peralihan itu diperlukan untuk memastikan negara mencapai kemajuan yang ketara.

“Hentikan permusuhan kaum dan agama dan gunakan kaum dan agama itu untuk memperkukuh hubungan.

“Dengan itu baru kita boleh bangunkan Malaysia baharu yang boleh kita banggakan sebagai sebuah negara yang penting dan utama di rantau kita,” katanya.

Seramai 416 tetamu terdiri daripada pelajar dan individu yang bekerja dan menetap di Jepun hadir pada majlis itu.

Turut hadir, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang meluangkan masa untuk memberikan ucapan kepada tetamu yang hadir sementara menanti ketibaan Perdana Menteri dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Anwar dan Dr Wan Azizah tiba kemudian selepas menghadap Maharaja Naruhito dan Maharani Masako di Istana Imperial.

Sementara itu, Anwar juga ditanya mengenai kesulitan memperbaharui pasport kerana mereka perlu datang ke kedutaan di Tokyo (dari bandar lain di Jepun) dan apakah yang Malaysia telah lakukan untuk menangani perubahan iklim.

Mengenai isu pasport, Anwar berkata beliau akan melihat perkara itu dan mengenai perubahan iklim, perkara itu telah ditangani antaranya menerusi Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

Ketika ditanya oleh seorang pelajar pascasiswazah tajaan JPA apabila mereka pulang ke tanah air, mereka melihat diri mereka terlebih layak dan gaji mereka tidak sepadan dengan kelayakan, Anwar berkata, keadaan di Malaysia adalah tidak seburuk seperti yang disangka dan kerajaan sedang berusaha untuk meningkatkan pendapatan semua.

Seorang pelajar tajaan MARA pula menyuarakan kebimbangannya bahawa pelajar yang dihantar ke Jepun antaranya untuk mempelajari kebudayaan Jepun dan mempamerkan kebudayaan Malaysia tetapi kini tidak dapat direalisasikan kerana ramai yang memilih untuk menetap dan bekerja di Jepun selepas menamatkan pengajian.

Anwar berkata, mereka digalakkan untuk bekerja di luar negara terutama untuk membolehkan mereka belajar budaya kerja Jepun tetapi harus pulang dan menyumbang kepada negara bila tiba masanya.

Sementara itu, dalam sidang media pada majlis berkenaan, Anwar berkata, pengalaman beliau dan isteri menghadap Maharaja dan Maharani Jepun merupakan suatu memori yang indah.

Beliau berkata, pada awalnya sesi menghadap itu dirancang selama 20 minit tetapi dilanjutkan selepas Maharaja menunjukkan minat yang mendalam dalam pelbagai aspek mengenai Malaysia. – 19 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

MACC’s arrest of ex-Senate deputy president raises questions about Muhyiddin’s picks: Bersatu source

It is alleged that the Bersatu deputy information chief post was created for for Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad despite having just joined the party

Sambutan Hari Merdeka yang cukup luar biasa, PM zahir penghargaan pada semua

Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap semangat merdeka rakyat itu akan terus diperkukuh dan tersemat jitu di setiap sanubari segenap lapisan masyarakat.

Smoking products bill to be tabled this Dewan session, says Zaliha

The Health Ministry has assured that the Control of Smoking Products for Public Health Bill 2023 will be tabled before the end of the Dewan Rakyat session, which is ongoing until November 30.

Related