Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1703054172:33
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 256
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 147554
        )

    [_stopmodifiedupdate] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_modified_date] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [footnotes] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 33
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-107304
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-107304
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:71:"Shiha juga sebak apabila lagu nyanyian dan ciptaannya itu berjaya lolos";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 603
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => AJL38
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Mempertaruhkan dua lagu pada peringkat Semifinal Muzik-Muzik ke-38 (SFMM38) yang berlangsung baru-baru ini, Shiha Zikir sebak apabila karya
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 65
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1751045278";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:17;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1751045278
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Jika benar Kalam lagu sendu, tak mungkin lolos ke pentas AJL38: Shiha Zikir | Scoop

Jika benar Kalam lagu sendu, tak mungkin lolos ke pentas AJL38: Shiha Zikir

Shiha juga sebak apabila lagu nyanyian dan ciptaannya itu berjaya lolos

2:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mempertaruhkan dua lagu pada peringkat Semifinal Muzik-Muzik ke-38 (SFMM38) yang berlangsung baru-baru ini, Shiha Zikir sebak apabila karya etnik nyanyiannya, Kalam diumum mara ke pentas keramat Anugerah Juara Lagu Ke-38 (AJL38).

Ditemui pada acara kemuncak pengumuman 12 karya yang mara ke AJL38 baru-baru ini, Shiha bersyukur apabila lagu Kalam nukilannya bersama komposer muda, Iqie Hugh, Firdaus Rahmat dan John Jeeves berjaya lolos.

“Sebenarnya dari peringkat separuh akhir lagi Shiha berasa sebak dan terharu kerana ramai peminat sedar kewujudan lagu Kalam dan mengundinya hingga ke tahap ini.

“Sekarang ini apabila layak ke AJL, rasa gembira dan bersemangat memandangkan lagu ini sangat bermakna buat Shiha kerana ia sebuah lagu tradisional fusion.

“Shiha memang nak sangat lagu berentak tradisional seperti ini layak ke peringkat tertinggi seperti AJL,” katanya.

Ditanya mengenai cemuhan segelintir warganet yang melabelkan Kalam sebagai sebuah lagu sendu, Shiha bagaimanapun tenang dalam memberikan responnya.

Kata Shiha, dari dulu sampai sekarang, prinsipnya sama sahaja iaitu mementingkan kualiti berbanding kuantiti.

“Jika benar sambutannya sendu, tak mungkin lagu ini akan dipilih sebagai 30 karya di peringkat separuh akhir kerana untuk berada di SFMM, ia perlukan undian yang cukup daripada peminat,” katanya.

Terdahulu, terdapat beberapa pihak mempertikaikan kemasukan Shiha ke peringkat akhir AJL38 yang disifatkan terlalu kerap sejak AJL35.

“Kali pertama sewaktu AJL35, saya masuk sebab menggantikan Datuk Seri Siti Nurhaliza menyanyikan lagu 7 Nasihat.

“Pada edisi AJL36, barulah buat julung kalinya saya lepas ke pentas akhir dengan lagu nyanyian sendiri iaitu AEWO bersama Noki.

“Tahun lepas adalah yang kedua kalinya menerusi lagu Irama. Itupun, saya cuma menang kategori Persembahan Terbaik, bukannya menang keseluruhan,” katanya.

Menurutnya lagi, setiap kali menghasilkan karya baharu, dia memang meletakkan AJL sebagai penanda aras dalam memastikan kesemua lagu dihasilkan berkualiti, selain memenuhi cita rasa pendengar. – 20 Disember, 2023

Topics

 

Popular

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related