Lebih 100 kenderaan terkandas akibat limpahan air Sungai Brooke di Pos Blau

Penduduk Orang Asli dari Pos Brooke berkata kejadian disedari penduduk pada kira-kira 6 pagi tadi

1:58 PM MYT

 

GUA MUSANG — Hujan berterusan sejak semalam menyebabkan air Sungai Brooke melimpahi Jalan Lojing-Pos Blau-Kuala Betis di Pos Blau, di sini, seterusnya mengakibatkan laluan itu ditutup kepada semua kenderaan bermula 8 pagi tadi.

Penduduk Orang Asli dari Pos Brooke, Murad Mat, 44, berkata kejadian disedari penduduk pada kira-kira 6 pagi tadi. 

“Kira-kira 7 pagi tadi, saya keluar untuk pergi bekerja di bandar Gua Musang dan menyedari air telah melimpah dari anak sungai Brooke mencecah paras paha di atas jalan dan menenggelamkan kira-kira 50 meter laluan utama terbabit. 

“Air biasanya akan memakan masa yang agak lama untuk surut, jadi akan menjejaskan perjalanan pengguna. Saya terpaksa berpatah balik ke rumah dan mengambil cuti hari ini,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi itu, hari ini.

Penunggang motosikal Hazwan Mat Hazmi, 36, yang dalam perjalanan pulang dari Temerloh, Pahang menuju ke Tanah Tinggi Lojing berkata beliau bersama sembilan rakan konvoi yang lain terkandas sejak 6 pagi tadi.

“Sesampai sahaja di sini pada 6 pagi tadi jalan telah pun ditenggelami air dan kami terkandas sehingga kini kerana air belum surut lagi,” katanya. 

Menurut Aminah Zakaria, 45, penduduk dari Kampung Pos Blau berkata kejadian banjir kilat kerap berlaku di kawasan tersebut sekiranya hujan berterusan dalam jangka masa yang lama. 

“Ini merupakan kali kelima berlaku banjir tahun ini. Sebelum ini pihak berwajib telah pun membersihkan dan menggali kawasan sungai, tetapi nampaknya masih tiada penyelesaian. 

“Harapan saya semoga pihak berwajib dapat memikirkan cara lain untuk mengatasi kejadian ini. Kasihanlah penduduk dan pengguna yang kerap terhalang dan terkandas kerana ini adalah laluan utama,“ katanya. 

Tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati setakat 12 tengah hari, lebih 100 kenderaan tidak dapat meneruskan perjalanan melalui laluan berkenaan.

Sementara itu laman sesawang https://bencanaalam.jkr.gov.my turut memaklumkan selain Jalan Lojing-Pos Blau-Kuala Betis, jalan masuk ke Felda Aring dan jalan masuk ke Ciku 7 dan Ciku 8 turut ditutup kepada semua kenderaan. — 24 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

Related